xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' SERAM KELIWON: 2014

BUAT DUIT DENGAN MUDAH DIRUMAH

Free Search Engine Submission

LAMAN POPULAR

BERMALAM DI PANGKOR

Aku bermalam di pangkor pada hari itu..yelah penat drive ke sana takkan nak balik terus ke shah alam..dah la aku memandu sikit punya carefull sebab aku ni jenis fobia dengan kelajuan.Jadi aku memang dah berniat hendak bermalam di sana..sambil menikmati permandangan malam disana....tapi hampanya kerana apabila malam nenjelang..owner chalet tempat aku menginap menasihati kami supaya tidak berjalan sendirian kerana jarang ada orang di pantai.Ini kerana kami datang bukan musim cuti sekolah.
Kalau musim cuti..ada banyak khemah-khemah dan pengunjung melepak dan membuat aktiviti seperti unggun api.tetapi jika bukan musimnya..pantai yang dipenuhi dengan manusia yang berkumpul sambil menjalankan aktiviti perkhemahan akan jadi sunyi sepi.Ini mengelakkan daripada berlaku insiden tak diingini seperti rompakan dan sebagainya..
Kami mengangguk faham dan biasalah...kami perempuan dan owner prihatin.mungkin beliau lebih maklum dengan kawasan kunjungan orang yang macam-macam dan tak dikenali.Kami akur dan duduk di kedai makan berhampiran chalet atau lebih tepatnya restoren chalet yang ada sambil menikmati sup panas dan angin malam yang damai....


MENANTI DI MUKA PINTU




          Kami balik ke chalet dalam pukul 11.00 malam..memang sunyi dan damai di luar dan boleh kedengaran desiran pukulan ombak masuk ke telinga kami.betapa dekatnya dan selesa tempat kami menginap dengan air pantai..aku membersihkan diri dan bersiap untuk tidur kerana badan memang sudah letih sejak dari sampai ke pangkor.

Cuma mindaku ..hatiku ingin melihat kecantikan pantai membuatkan aku masih berjaga dan mengagahkan diri.Aku baring di katil dan rakanku juga telah bersiap untuk melelapkan mata....seperti biasa...mesti dia dah dibuai mimpi dan aku masih terkebil-kebil mencari lenaku...biasalah aku ni kalau tempat baru memang susah nak lelapkan mata...Aku cuba melayan mengantukku sambil mata terpejam...dan akhirnya aku tertidur jua.....

Aku terasa aku bagaikan di alam mimpi dimana...aku nampak diriku masih di atas katil..tetapi yang mengejutkan aku...aku terlihat kelibat seseorang cuba memasuki bilik chalet kami tetapi dia tak dapat memasukinya dan hanya tercegat di pintu...
aku bertanya padanya...

"Siapa kah kamu? 

dan kenapa kamu nak masuk ke bilik kami?

Kami dah menempah bilik ini malam ini..kamu nak saya laporkan kepada pemilik chalet kah?
Tanya ku dengan keadaan berani-takut.

Aku terperanjat melihat pintu chalet kami terbuka dan beliau berdiri dimuka pintu tetapi hanya berdiri dengan wajahnya aku tak nampak(kerana malam dan lampu tidak dipasang).
hanya kelihatan seperti seorang lelaki muda dengan beg sandang masih selimpang di bahunya..kemudian beliau berlari diluar bilik dn  mengelilingi bilik kami...dan membuatkan aku sangat-sangat takut.

.setelah berpusing-pusing 2 kali..dia kembali tercegat di pintu yang terbuka  dan akhirnya dia bersuara....
" bilik ini saya punya dan kamu telah memasuki bilik saya....."
Aku terkaku beberapa saat.tak tahu apa yang harus ku katakan.Cuma aku tersebut .....
 
" bagaimana pula ?  "
Lantas lelaki itu bersuara..
" ini adalah bilik saya dan tempat tinggal saya ..".

Aku terkejut dan memberitahunya aku semasa aku memilih chalet ini..aku yakin dan pemilik chalet yang tawarkan bilik ini padaku kerana ianya kosong dan dekat dengan pantai..
Lalu lelaki itu menjawab...
" owh...saya hanya ada di waktu malam sahaja ada dan katil yang kamu tidur itu katil saya...saya memang akan datang dan tidur pada malam hari disini.Pemilik chalet memang tak tahu saya ada disini..saya dah lama di sini dan bilik ini rumah saya.."
Saya bertanya kembali...
" kamu pencuri?"....
yelah...bagaimana mungkin pemilik chalet tak tahu ada penyewa bilik atau pengunjung menyewa biliknya sedangkan semasa saya ambil kunci..saya yakin tiada barang orang lain disini?...
saya jadi semakin keliru bercampur resah dan sedikit marah kerana pemilik chalet tidak memeriksa dengan betul dan membuatkan saya menggunakan bilik orang lain yang masih ada.
tiba-tiba lelaki itu berkata...
" kamu tak perlu marah..pemilik tidak tahu saya menginap disini..." 
saya mencelah.
" Kenapa pula pemilik tidak tahu.. sedangkan kamu katakan bahawa kamu telah menginap disini dan ini katil kamu? 
 Saya minta maaf menyusahkan kamu dan mengambil bilik kamu ini..."

kataku dengan nada kesal.....
kami berdua diam dalam beberapa saat dan kemudian lelaki itu berkata..
" ada sebab pemilik tak tahu......."
Saya memandangnya...dan dia masih berada dimuka pintu..masih tak dapat melihat wajahnya kerana gelap malam dan dia berdiri membelakangi sinaran bulan.
Saya bertanya kembali..
" Kerana apa? "
Tiba-tiba lelaki itu bergerak sedikit ke belakang dan berkata kepada saya dengan nada suara yang lemah dan rendah...
" Sebab saya dah MATI......."
Aku ternganga.....

Aku terkaku..sambil aku berasa tak percaya tetapi tiba-tiba bulu romaku meremang..dan lelaki yang berdiri di muka pintu menghilang di depan mataku.Aku panik seketika..dan kedengaran bunyi tapak kaki berlari..pintu bilik terbuka dengan kuat sehingga kawanku yang sudah lena tadi terbangun dari tidurnya.

'eh..tak tutup pintu rapat ke?angin kuat?

Aku masih terkejut dan tidak menjawab pertanyaan rakanku.

'kau ni..bahaya tak tutup pintu elok-elok.nanti pencuri masuk bagaimana?
Tidurlah..esok kata nak jalan-jalan kat pantai..'

Katanya sambil bangun dan menutup pintu dan sambung kembali tidur.

Aku terus baring dan tarik selimut...perlahan-lahan ketakutan meresap ke dalam hatiku.Aku bercakap dengan orang ke..hantu tadi?
Sungguh-sungguh aku rasa meremang pada malam itu...


Read More...

KISAH TANGKAL HITAM.......PART 2

Maaf kawan-kawan sekalian..aku betul-betul lama tak update bloga aku nih..hampir setahun ku rasa..sebabnya aku dah tukar lagi tempat kerja...dan setiap kali aku ingin mengolah ayat...selalunya aku tak dapat mulakan dari mana...

Kehidupan aku sekarang...macam biasa..lebih baik sedikit dari tahun-tahun terdahulu..umur pun dan 32 tahun ketika aku sedang menaip sekarang..jadi aku pun cuba fokuskan apa yang perlu aku buat dalam hidup aku..

Tapi yang pastinya seperti posting aku yang lama...SUDAH TERLEPASKAH AKU...ATAU AKU TERLEPAS PANDANG....ternyata masih ada yang memburu aku hingga sekarang...



KISAH TANGKAL HITAM PART 2



                                                           ( gambar hiasan aje...)

Ingat tak aku pernah ceritakan dalam posting lepas mengenai tangkal hitam yang ku pakai ??
aku masih memakainya selepas bererapa tahun..jika tak silap aku memiliki tangkal hitam itu pada tahun 2003..dan aku masih pakai sehingga tahun 2008..

Pasti korang tertanya kenapa aku tak buang-buang tangkal itu sepanjang tempoh itu???takkan la aku memang percaya perkara-perkara tahyul lalu nak pakai sebagai perisai diri...

JAWAPANNYA.....

Takde daya dan solution aku dapat sepanjang tempoh itu..

korang ingat senang ke aku nak buang benda yang bagai menuntut jiwa aku untuk memakainya..yang sering memberikan harapan dan peringatan jika menyimpannya dan menghantui aku setiap masa???

Aku sering dihantui perasaan takut dan gelisah jika aku buka dan simpan di peti.Aku sering nampak kelibat-kelibat yang tak sepatutnya aku nampak..walaupun bukan jelas...kadang-kadang antara sedar dan jaga..cukup buat aku berpeluh...

Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan..seperti fikiranku di"blocking" dari terus memikirkan bagaimana nak melepaskan diri...aku bagai dikuasai oleh tangkal hitam itu setiap saat...sepanjang waktu...

Kadang-kadang aku dapat merasakan bahawa jika aku memakai tangkal itu...makhluk-makhluk halus ini hanya menampakkan diri tetapi tidak dapat mendekati aku...aku terasa selamat seketika..
Aku tak berapa seram dan confident pada diri aku..aku seakan "terpelihara" dari ancaman makhluk lain yang cuba menganggu hidup aku...


BENDA YANG TIDAK DIJANGKA..


Setiap keselesaan pasti ada kesempitan..hatiku menjadi tak tenteram kerana kerap sangat melihat kelibat-kelibat.HARI-HARI......

Aku rasa...kalau orang lain boleh jadi gila dah..asyik seram..terkejut...takut...
tapi aku tak begitu..semua rasa itu ada...tapi macam UNDER CONTROLL ..aku sendiri terasa pelik..ke..aku pun sebenarnya dah tak betul juga...

PERCUTIAN DI PANGKOR


Pada satu masa aku mohon cuti dan berjalan-jalan di pulau pangkor...



Aku mengambil keputusan untuk memandu dari klang hingga ke Lumut..

Sampai di Jeti Lumut...Aku menaiki feri pergi ke Pulau...cantiknya aku lihat lautan yang terbentang berwarna kebiruan..bestnya..hehehe..

Aku sampai sahaja di sambut dengan pertanyaan ..hendak pergi ke mana..Aku tak pasti cuba bertanya manakah tempat yang sesuai untuk aku mandi?? dan tour guard kat situ menyebut,,pergilah ke teluk nipah..airnya bersih dan dekat dengan chalet..

Aku menyewa motor supaya senang berjalan-jalan sekitar pulau..motor yang ku dapat..alahai..lambat pick-up -nya..sewa dikenakan rm30 sehari.Aku tak kisahlah..masih ada dalam budget aku lagi..

Aku dapat chalet bertentang pantai..murah aje dalam rm50..aku dah lupa nama chalet tu..tapi hatiku senang sekali sebab aku dapat melupakan seketika masalah aku dengan menghirup udara segar di pangkor...


NIAT TERSIRAT...


Setelah aku letak semua barang-barang aku di chalet..aku menukar pakaian untuk mandi..yeyey..
Aku cecahkan jari kakiku di air...cuba merasa kesejukkannya..
Aku menundukkan kepala ku dan mencedok air laut dan ku curahkan ke kepala ku sambil berniat di dalam hatiku....

"YA ALLAH..
  HILANGKAN KEDUKAANKU..
  HAPUSKAN MASALAHKU..
  BUANGKAN JAUH-JAUH JIKA ADA JIN ATAU MAKHLUK YANG MENGIKUTKU.."

Aku merendamkan badanku ke dalam air.Mengambil masa merehatkan diri..
Ombak beralun perlahan membuai tubuhku..aku masih lagi digigi pantai sambil duduk membiarkan 
diriku dipukul ombak...
Damai hatiku...

Tiba-tiba...........................



Hatiku terus teringat tangkal hitam!!

Aku meraba-rabadi leherku..aku check jika terkena air atau tidak..nampaknya balutan plastik masihutuh maka tak terusik /basah dek air.Aku tenang kembali.mengikut irama ombak...aku hanya berani duduk berdekatan sahaja memandangkan aku tak pandai berenang...

Sesekali aku menoleh kiri kanan melihat pengunjung lain yang mandi di kawasan berdekatan..aku tak takut jika ada kecemasan memandangkan ramai juga yang ada bersama denganku.Hari pun masih cerah dan baru pukul 4 petang.

Tiba-tiba aku terfikir sejenak...kenapa aku tak mengambil kesempatan ini untuk membuang tangkl hitam itu..kan orng dulu-dulu sering membuang barang-barang berkaitan mistik ke laut..
Aku terfikir-fikir..sambil menarik nafas...Aku buka tangkal perlahan-lahan.

Memejamkan mataku sambil berniat.."aku buangkaujauh dariku...pergilah ikut lautan yang luas ini.."

Aku bergerak ke dalam laut sedikit..sehingga ke paras pinggang.Air laut seakan tenang menunggu reaksi dariku.Aku mengenggam erat dan .....

Sekuat-kuat hati aku lemparkan ke tengah lautan luas..aku kan pichter softball peringkat daerah..maka aku gunakan segala kudrat aku membaling dengan sepenuh hati..tenaga sehingga aku nampak ia melayang jauh sekali dan tenggelam di lautan yang luas.....

Suasana tenang seketika...Aku segera bergerak menuju ke pantai secepat mungkin..Sampai sahaja aku di gigi pantai...pantas aku cuba berlari menuju ke  Chalet..tetapi aku tersentak !!
Ombak yang kuat mencengkam kakiku ..membuat aku terhoyong hayang dan jatuh ke dalam air..terkejut aku..

dan mukaku pucat apabila aku ternampak tangkal hitam di pasir di depan aku ..tidak jauh...
aku tersentak.Alamakkk !!! bagaimana.....

Aku tidak dapat meneruskan hajat nakberlari...aku kutip tangkal hitam dan sarungkan kembali keleher ku...aku membisu seribu bahasa...

PANGKOR TAK TERIMA NIAT AKU...
UNTUK MEMBUANGNYA DI SANA...















Read More...