xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' SERAM KELIWON: HANTU RAYA ITU ADALAH AKU??

BUAT DUIT DENGAN MUDAH DIRUMAH

Free Search Engine Submission

LAMAN POPULAR

HANTU RAYA ITU ADALAH AKU??

Korang pernah dengar hantu raya?
hantu yang aku rasa glamer la selain vampire ( pontianak) ... :lol:

aku ada kisah dimana hantu raya menjelma sebagai aku!! aku pun tak pernah nak percaya pon
bila orang cakap nampak aku disana sini...tapi itulah hakikat ye...


 kita selalu maklum bila orang say hantu raya mesti ada orang ingat dengan satu lagi katogari yang dipanggil
SAKA.selalunye dua makhluk ini berkait rapat dengan satu sama lain kerana mereka ada penjaga.
Masalahnya bagaimana korang nak tahu korang "membela" atau "dibela" oleh makhluk ini :roll:
hahaha....


Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.
Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.
Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

-- dipetik dari wikipedia ---

dalam kes aku nie...dahulu aku pernah g berubat dekat seorang ( lebih kot ...) bomoh.sebenarnya aku malas la nak g
berubat dalam perubatan alternatif nie..sebab takut jadi syirik.tapi kesihatan aku semakin terjejas dan otak aku pon
macam tak betol.habis tempat keje aku mengamuk kalau ada masalah sedikit.Nie teman2 rapat la suruh aku tengok2
kalau2 aku nie ada masalah mistik..

aku pun dengan berat hati bertan-tan ikut ajela kawan aku nie bawakkan aku..dalam hati aku nie..eleh.. diorang bawak
biolah diaorang support semua...aku follow aje,kalau bomoh tu aku tak berkenan...aku blah aje la buat apa lepak lama2...

maka..alkisahnye aku sampai la umah bomoh tu tadi....aisehh....malam kan jadi gelap la sekitarnya ( macam cerita movie
seram tu....) tapi aku tetiba rasa enggan pula..aku terasa bagaikan ada bayangan hitam berputar-putar mengelilingi kawasan rumah bomoh tu...ahh..sudah...dah la gelap sunyi,,kawasan mcm banyak setan aje berlegar-legar di sekeliling...





aku bersuara dengan kawan aku tu ...."hui,..aku malas nak masuk la ..korang masuk dulu..."
kawan-kawan aku seingat aku ada 3 orang dah pandang satu sama lain and dah macam standby aje.aku tetiba dapat rasa
apa yang diorang nak buat kat aku.muka aku jadi merah padam tadi aku sengaja buat senyum mesra walaupun
hati aku nie tetiba meluap2 marah rasa nak sepak terajang je semua kawan-kawan aku..

mereka mengajak lembut supaya aku masuk rumah.kaki aku terasa sangat berat.kebetulan ada 2 dan 3 tetamu lain dalam
rumah bomoh tu jadi kawan aku yang pertama masuk dulu untuk mengambil giliran sementara yang lain bagai mengawasi gerak geri aku...

aku buat selamba sambil meninjau-ninjau keadaan sekeliling..
bila aku tergerak hati nak masuk aku cepat2 melangkah dengan deras ke dalam rumah.tetiba aku rasa aku jadi jahat
nak tengok hebat sangat kah bomoh tu nak tengok peragai aku nie?hati aku bagai tercabar dan berapi apabila memandang bonoh itu sekilas.Bomoh itu pun memandang tepat dan pantas didalam renungan yang dalam ..aku menanti bomoh tadi menghabiskan kerja dia..
aku duduk sambil memandang sekeliling.satu persatu aku lihat semuanya...ternyata rumahnya tidak mewah dan besar,hanya ada sofa biasa dan tv biasa...dengan sedikit bunga-bungaan penghias rumah.
aku mencari setanggi,.bau kemenyan... takde pulak.bomoh apa nie??? :shock:

kawan aku khusyuk melihat bomoh tadi mengubat orang yang terdahulu sebelum kami..
sampai giliran aku...aku dudk depan dia dengan kejap dan kemas.aku tak memandang kemuka bomoh tadi tapi aku menunggu bomoh tadi membuka mulut.kawanku memulakan bicaranya...bertanya perihal diri aku dan menceritakan masalah aku serba sedikit.aku jadi marah berapi kembali tak semena-mena.bomoh tadi hanya memandang aku tanpa bercakap walau sepatah pun..

aku pejam kan mata seketika..apsal pulak ni aku rasa berpinar2...aku cuba fokuskan diri aku supaya perasaan gugup
segera hilang..aku jadi tension sendiri...aku jadi rimas dan panas...
aku try control lagi segala kelakuan aku.tetiba aku disapa oleh bomoh tadi.dia bertanya aku pernah tak memakai apa2
benda(pewangi,tangkal,benang,) ditubuh aku??? aku terkaget kejap...

aku segera menjawab.." takde".
bomoh tadi memjamkan mata dan bertanya lagi adakah aku pernah berkunjung atau menerima pemberian seseorang berupa kalung , gelang??

aku masih confius dan menjawab " tiada".

bomoh tu tersenyum dan meminta aku membuka dompet aku.aku mencapainya dan menunggu arahan seterusnya.bomoh tadi menyuruh aku mengambil sehelai kertas kuning seperti kertas asbestos( kertas yang dipotong panjang dan halus)
dan tanya lagi mana aku dapat kertas tu...
aku hanya berkata ....ada pakcik kawan mak bagi...
korang tahu apa yang terjadi bila bomoh tu pegang kertas tu???
dia hanya letak atas meja kaca dan memandang tepat ke arah kertas itu.tetiba kertas tu bergarak2..macam magik pula.
dan jadi hitam.

bomoh tu kata ... ada orang kirim hantu raya tengok2kan aku..dan die simpan dalam kertas tu..
moral this story....walaupun kita kenal ke...sedara ke...jika diorang beri sesuatu kat kita tetiba..janganlah kita amik aje :roll:

family aku pon tak tahu pasal tu dan aku hanya amik time tu sebab pada pandangan mata aku time tu....kertas tu sangat
menarik padahal....ada setan dah duduk !!!

kawan2 aku cerita mereka sering tersermpak dengan aku time diorang balik keje...aku tengok syok makan megi kat dapur pukul 3 petang.dalam hati diorang nie..aku nie tak keje ke duduk rumah aje tapi pelik pagi2 nampak aku bersiap2 rajin g keje..tak sampai 15bminit nampak aku balik.mereka hanya tegur gitu2 aje tapi kata mereka aku buat dek aje,sampai la
kawan aku yang sorang nie terasa sangat pelik g call handphone aku nak tahu dan nak sakat aku.bila aku cakap aje aku kat opis and aku called die balik pakai telepon ofis ( nombor opis keluar kat handphone dia ) terus cuak rasa nak pengsan...

tunggu rakan2 lain balik dan demam seminggu..dan terus ajak aku g umah bomoh tadi terus...kawan2 lain pun jadi seram sejuk sebab baru tahu masa kat umah bomoh tadi.jadi selama ini korang rasa kawan-kawan aku nampak tu real ke ???