xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' SERAM KELIWON: 1/06/10 - 1/07/10

BUAT DUIT DENGAN MUDAH DIRUMAH

Free Search Engine Submission

LAMAN POPULAR

PONTIANAK MENYAMAR

PONTIANAK YANG MENYAMAR

Selepas makcik selesai berubat,kini tiba giliran kawanku pula..kawanku itu memulakan bicara bahwa dia sering sakit dan bermimpi pelik dan menakutkan setiap malam.Aku mendengar setiap butiran Wati.Aku melirik ke arah dua kawanku Amy dan Mimi.Aku terperasan yang Amy bagaikan tidak selesa dan matanya meliar.Aku menegur Amy tetapi dia buat tak kisah aje.Hembusan nafasnya juga kencang apabila Wati mengadu kepada Pakcik M sedangkan aku dapat melihat Pakcik M memandang sekilas ke arah Amy.Amy mula gelisah.Pakcik M dan aku melihat keadaan Amy yang seperti serba tak kena.Aku hanya meneka dalam kesamaran...


Pakcik M memandang tepat ke arah Amy dan membuatkan rakan aku Wati terpinga-pinga.Aku mengajak Wati dan Mimi yang duduk bersebelahan dengan Amy berganjak dan pergi ke sofa yang berhampiran.Wati kehairanan...Lantas aku menarik tangan mereka supaya beredar segera dari duduk disebelah Amy.Aku masih lagi memerhatikan pergerakan Amy...Tiba-tiba Pakcik M bersuara dan berkata denganku " Kau pun tahu jugak ke...siapa pontianak dan siapa yang sakit sebenarnya kat sini?"aku tergagap.."tidak..saya cuma meneka kerana perangainya lain sekarang..."Tetapi dalam hatiku aku juga pelik bagaimana aku dapat perasan begitu pantas....


Mata Amy semakin meliar dan mula mengeram halus..mula resah dan secara tiba-tiba menyeringai...aku jadi takut.Amy mengcengkam kepala lututnya dengan kejap..aku pun tak tahu nak buat aper nih.Pakcik M bertanya siapakah namanya dan mengapa dia menganggu cucu adam??


Amy masih lagi dalam keadaan tadi dan hanya memandang sinis.Pakcik M telah bertanya berkali-kali tetapi Amy boleh buat 'dek' aje.Pakcik M pergi ke dapur mengambil sesuatu.Aku melihat Pakcik M mengeluarkan seseuatu yang bergumpal yang disimpan di dalam kotak kecil yang seakan-akan rambut.


Pakcik M bertanya untuk kali yang terakhirnya..siapakah di dalam badan Amy dan mengapa menganggu mereka sambil mengacukan gumpalan rambut dan dibawahnya tersedia lighter untuk membakar gumpalan itu...Mata Amy merah dan teragak-agak dan tunduk.Pakcik M mengertak lagi dan mengatakan padaku bahawa gumpalan rambut yang dipegangnya adalah gumpalan rambut pontianak.Bila Pakcik M bertanya lagi tentang kenapa dia mengacau rakanku watie.Amy masih bernafas keras..Pakcik M mengambil Lighter(pemetik api) dan mula hendak membakar rambut yang dipegang tadi...Amy bebunyi takut dan berkata-kata seakan mengilai...nadanya yang tinggi...menakutkan aku,watie dan beberapa tetamu yang ada..


Aku dan tetamu mulai waspada..Amy yang mengeletar cuba bangkit dan melangkah melepasi meja ruang tamu (meja yang selalu diletakkan antara sofa)dan jatuh.Pakcik M menerpa dan mengangkat rambut itu menghalakan pada Amy lalu dibakarnya rambut itu .Amy masih mengilai dan cuba merampas rambut itu tetapi tak berdaya dan menangis.......


Tangisannya amat mendayu dan meremangkan bulu roma.Pakcik M berjaga dan kembali bertanya..Amy berkata dia disuruh oleh seseorang.Pakcik M bertanya lagi siapa?? tetapi Amy menyambung nangisnya...tetapi Pakcik M tidak terpedaya dengan helah pontianak itu.Sambil sekali lagi menyalakan lighter dan merapati rambut itu,Pakcik M sekali lagi bertanya membuatkan Amy atau pontianak yang merasuknya memandang tajam ke arah pergerakan tangan Pakcik M..


Pakcik M bertanya lagi tetapi kali ini memintanya keluar dengan cara baik.Pontianak itu menjegilkan matanya dan berdegil..Pakcik M menyimpan rambut pontianak itu ke dalam bekas khas dan merapatkan tangannya sambil membaca ayat suci yang dibaca di permukaan air yang diberikan oleh isterinya selepas Pakcik M minta.Pontianak itu mengilai sekali lagi apabila ada ayat yang dibaca dengan kuat oleh Pakcik M yang membuatkan pontianak itu meraung kesakitan.Selepas bertarung 15 minit..Amy jatuh dan pengsan.Aku dari tadi memerhatikan tingkahlaku Amy ingin menolong Amy tetapi ditegah.Pakcik M menyuruhku bersabar seketika kerana Pakcik M ingin memastikan keselamatan aku.Pakcik M merenung Amy yang terbaring sambil menghembuskan nafasnya bersama ayat yang disebut olehnya...dan Amy masih disitu pengsan....Pakcik M memberikan isyarat kepadaku untuk mengejutkan Amy..


Aku menarik tangan Amy dan memapahnya.Watie yang dari tadi takut dan matanya terbalalak kerana tak percaya apa yang berlaku di depan matanya mula memberanikan diri menolong aku menarik Amy ketepi.Didalam hati kami masih tertanya siapa yang tidak puas hati dengan group kami?Aku disuruh oleh Pakcik M menyapukan air yang diberi oleh isterinya ke muka Amy.Daan dengan perlahan aku mengikut perintah.Amy mulai sedar dan terpinga-pinga..badannya lemah dan dia mengadu sakit.....aku hanya menyuruh Amy berehat sebentar dan minum air kosong.


kami bertanya kepada Pakcik M,pakcik M menyatakan bahawa benda yang merasuk Amy..pakcik M hanya menyatakan memang sebenarnya Watie yang sakit dan diganggu oleh pontianak itu tetapi apabila mengetahui bahawa Watie dibawa kesini,pontianak itu terus berpindah dan memerhatikan pergerakan kami.Itu sebabnya Watie merasakan biasa sahaja apabila ditanya oleh Pakcik M..


Aku masih inginkan jawapan dari pakcik M,kenapa Amy yang terkena atau dipilih oleh pontyianak itu sebab satahu aku...dari luaran Amy nampak cergas dan sedikit kasar.pakcik m hanya menyatakan bahawa Amy lemah semangat.Pontianak itu juga dikirim dari kampung yang bermaksud Orang dari Kampung Watie telah menyimpan dendam terhadap watie.


Watie maju kedepan dan bersungguh-sungguh bertanya siapakah orang yang sanggup melakukan perkara ini terhadapnya? Setahu Watie dia jarang balik ke rumah Mak ayahnya kerana jauh dan kerana atas tuntutan kerja.Watie hanya menjengukkan mukanya hanya ketika waktu dia dapat apply cuti panjang.Kebanyakn masanya hanya menelefon dan bertanya khabar keluarga.Itu sahaja....pakcik M enggan menyatakan siapakah gerangan orang yang menyihir Watie tetapi hanya memberikan klu bahawa ada sesuatu atau seseoang yang akan berhenti kerja dalam tempoh waktu terdekat.


PAkcik M membekalkan bunga 7 jenis dan dua biji limau purut kepada Watie dan Amy.Tujuannya ialah untuk membersihkan aura disamping menutup liang roma bagi menjauhkan pontianak tapi kembali merasuki atau menganggu mereka...Kami beransur untuk pulang dan jam menunjukkan pukul 12.00 malam...semasa aku melangkah dan melambai tangan ke isterinya Pakcik M berkata padaku seorang supaya menjaga tingkah laku kerana aku bukan keseorangan........Aku berkerut dahi..ingin bertanya lebih lanjut tetapi rakanku telah memanggil aku segera masuk ke dalam kereta kerana malam semakin larut.......

Read More...

PENANGAN SANTAU

KISAH SANTAU

Kisah yang aku nak kongsikan dengan pembaca kali ini adalah berkaitan santau..santau ni atau dipanggil sanpet oleh orang indonesia ialah salah satu ilmu hitam yang terkenal dan digeruni kerana ia boleh menyebabkan kematian kepada mangsa.

Pernah dengar tak pernah rasa penangan santau???

DEFINISI SANTAU

Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.
Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain.Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.

Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.

Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka[perlu rujukan].

Santau juga pernah disebut dalam Hikayat Abdullah.


Matlamat
Santau secara umumnya digunakan bagi meracun dan membunuh atau melumpuhkan musuh.

Kelebihan
Santau sukar dikesan siapa yang melakukannya kerana ia tidak dilakukan secara berhadapan, tetapi melalui bersembunyi.
Penggunaan bahan-bahan organik dan kaca dalam penyedian santau juga menyukarkan ia dikesan secara perubatan kerana buluh dan serbuk kaca sukar dikesan samaada melalui X-ray maupun ultrasound. Ini juga punca mengapa pada persidangan Antarabangsa di The Hague di Netherland pada 1899 dan 1907 mengumumkan prinsip St. Petersburg yang melarang penggunaan bahan yang menyebabkan “unnecessary suffering” atau “superfluous injury.” Antara lain ia melarang penggunaan bahan letupan dengan kaca jernih kerana kesukaran pakar bedah mengesannya.

Kelemahan
Santau angin biasanya dihembus agar dibawa angin kearah mangsa dan dihidu masuk kedalam paru-paru mangsa. Oleh itu, sesiapa yang berada berhampiran dengan mangsa boleh turut terhidu habuk berbisa itu.Oleh kerana santau disediakan dalam bentuk serbuk, kemungkinan besar pengamal santau akan terdedah secara jangka panjang dan akan turut diracuni oleh santau yang disediakan oleh mereka, atau orang-orang yang rapat dengan mereka
Santau biasanya mengambil masa yang agak lama untuk bertindak, antara beberapa hari sehingga beberapa tahun


Penelitian secara ilmiah
Santau secara umumnya hanyalah satu bentuk racun yang digunakan bagi membunuh musuh. Racun moden adalah lebih berkesan dan mampu membunuh dengan lebih pantas.Santau angin secara umumnya merupakan serbuk santau (yang mengandungi bahan tajam dan halus) yang dihembuskan kepada mangsa agar memasuki paru-paru mangsa tanpa disedari dan mengakibatkan kerosakan paru-paru. Secara saintifiknya kematian berlaku kerana mangsa menghidu dan menyedut bahan santau ke dalam paru-paru dan dengan itu mengakibatkan kerosakan paru-paru disebabkan bahan tajam bercampur racun yang digunakanIni mengakibatkan keadaan seperti Mesothelioma atau Penyakit Asbestosis.Kemungkinan jampi yang digunakan merupakan satu cara menjelaskan bagaimana santau bertindak. Ini disebabkan pengamal santau silam tidak dapat menjelaskan bagaimana bahan santau mampu membunuh mangsa, dengan itu menggunakan jampi dan mentera sebagai cara penjelasan bagaimana santau mampu membunuh.


(rujukan dari wikipedia)


BAHANA MENYAPU DI LAMAN

kisah aku yang hendak aku tuliskan disini apabila aku melihat dan merasa kesakitan santau itu walaupun takdelah teruk.Aku bersyukur kerana aku masih dapat bertahan malahan tak sedar pun yang aku nih disantau.Kalau tidak tak tahulah apa yang akan berlaku sekarang.
Setahu aku...aku disantau melalui air.Perkara ini diketahui apabila aku mengunjungi sebuah rumah pengamal perubatan alternatif ini untuk menemani rakan aku yang mempunyai masalah diganggu oleh Cik Pon ( Pontianak).Pada mulanya aku buat rileks dan melihat berbagai ragam orang yang berkunjung ke rumah yang ku gelarkan Pakcik M sahaja.Pakcik ini menolong mengubati orang dengan seikhlas hati.Aku pergi kerumah dia apabila rakanku memberitahu bahawa Pakcik M ini tiadalah selendang ke...pakai baju serba hitam ke...bersetanggi berkemenyan bagai masa mengubatkan orang ke...yang ada hanyalah ayat-ayat doa sahaja...Rumah dia pun dikawasan perumahan teres yang ramai penduduk,maka takdelah aku takut sangat nak pergi.Selalunya kalau dalam tv tuh nak jumpa bomoh ke mesti rumahnya kayu..dalam hutan..hulu..tepi sungailah...(heh..heh...terlebih imaginasi pulak..)


Aku melihat oarng keluar masuk dari rumah Pakcik M itu..tetiba hati aku berdebar nak masuk dan teragak-agak nak melangkah.Bukannya aku tak percaya tetapi aku jadi gentar sendiri.Sapa yang sakit sebenarnya? Rakan aku ke aku..


Rakan aku kehairanan kerana aku seperti enggan nak masuk.Sebenarnya kalau jumpa orang yang sebegini aku khuatir kalau dia dapat membaca perihal diri aku.Heloo...aku nih bukanlah buat perkara yang tak senonoh ye..nak takut-takut pulak.


Tapi aku memang seperti itu.Sentiasa rasa cemas bila sampai ke tempat sebegini.Mengapa ye...Di lain waktu aku akan jelaskan seba aku nak fokuskan cerita pengalaman santau aku..


Akhirnya aku masuk jugak.Aku pun nak tahu macamner dia ubati orang.Macam popular pulak tempat nih.Aku masuk dan melihat muka orang-orang tua disitu."Semuanya muka macam orang sakit,yang betul-betukl sakit pun aku tak pasti"..kataku dalam hati.Aku dan rakan aku nih duduk kat lantai.Ohh...kena tunggu giliran...
Sorry aku tak mention pun aku pergi berapa orangkan...rakan aku yang tak sihat namanya wati,dan rakan lain bernama Amy dan mimi..kitaorang datang ramai-ramai nih bukan aper...takut si Amy nih buat hal plak..sapa nak handle dia kan..jadi bawaklah semua..(sebenarnya yang lain pun penakut jugak,jadi ikut ajelah bila aku nak gi memana..)


Jam menunjukkan pukul 10.30 malam.Kini tiba giliran makcik yang datang berkerusi roda.Aku melihat dengan penuh minat.Nape sampai makcik nih berkerusi roda?tak boleh gerak langsung dan terpaksa dipapah oleh anak lelakinya untuk meletakkannya di bawah berhadapan dengan Pakcik M dengan mukanya menahan kesakitan.....
Aku memasang telinga...
Pakcik M seperti biasa bertanya soalan yang general " masalah apa ye makcik..boleh saya tolong.."
Makcik tadi hanya membalas mengatakan bahawa kakinya langsung tidak boleh bergerak dan lumpuh selama dua tahun dan apabila pergi ke hospital doktor tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya boleh mengesyorkan makcik itu pergi merawat dengan kaedah traditional kerana dah beribu duit makcik tu habis untuk mengubati..juga tak kurang juga pergi ke seluruh negeri untuk mencari penawar.Aku terdengar dan terperanjat bahawa makcik tuh datang dari Alor Setar,Kedah...jauh tuh kalau nak datang sini...kat Selangor nih..kerana makcik tuh mendapat info bahawa Pakcik M boleh menolong..Pakcik M hanya tersenyum dan menyatakan bahawa dia hanya boleh menolong dan segala urusan sembuh menyembuh nih diuruskan oleh Allah S.W.T dan sebagai hambaNya kita hanya berusaha untuk ke arah kebaikan.


pakcik M memandang seketika dan kemudian memejamkan mata sambil membaca petikan ayat suci al-Quran yang tak salah aku surah al-ikhlas..sambil merenung kakinya...


Pakcik M mula menghalakan telapak tangannya ke arah Makcik itu tanpa menyentuhnya dan dari atas turun perlahan-lahan hingga ke hujung kaki.Pakcik M itu memulakan bicaranya..


" Saya ingin bertanya kepada Makcik..pernah tak makcik menyapu laman rumah makcik sebelum makcik jatuh sakit nih?'Serius sahaja bunyi soalan yang diajukan oleh Pakcik M


Dahi makcik dan anak lelakinya berkerut-kerut.cuba mengingati sesuatu tetapi hampa.Makcik itu menjawab " Makcik rasa takde..dan dah lama sangat dan dah tak ingat dah.." keluh makcik itu.


Pakcik M itu terdiam.Kemudian Pakcik M itu menghela nafas dan berkata.


"macam inlah makcik,sebelum Makcik jatuh sakit nih...makcik ada menyapu di laman rumah kan..dilaman rumah makcik nih lapang dan ada banyak pasu bunga..ada banyak bunga kertas..macam-macamlah....Makcik sakit ini sebab makcik dah jauh sangat menyapu hingga mengganggu tempat orang.Jelas Pakcik M.


Anak lelaki memandang penuh hairan kepada Pakcik M seraya berkata " Apa yang pakcik kata memang betul sebab Mak memang suka tanam bunga dan bunga kertas memang banyak.Pakcik M pun baru lihat mak saya dan saya..tolonglah Pakcik,ceritakan dengan jelas lagi..."balas anak Makcik tu...


Pakcik M memandang mereka dan terdiam..menyambung ceritanya..."kamu jangan takut ye..dan sebelum pakcik cakap nih..kamu mesti sabar.."


"Sebenarnya ada orang tanam benda dekat laman rumah kamu nih.Dia dengki Mak kamu bersenang lenang dan boleh menjaga laman dan nampak mewah.Bila mak kamu menyapu dan terlangkah benda tu..syaitan itu masuk dan bergayut kat kaki mak kamu nih..Juga mak kamu ada termasuk kawasan tempat pontianak duduk.Ada tak pokok besar ketapang depan rumah kamu??tapi tak dekat sangatlah dengan rumah kamu ni.Pakcik nampak mak kamu sapu sampai sana.Dia marah...sebab tuh mak kamu bertambah sakit....Masa kamu dan mak kamu masuk..Pakcik dah nampak setan tuh dah.Sekarang mak kamu...rasa ape sekarang nih???'tanya Pakcik M.


"makin sakit...baru saya ingat..memang saya ada pergi menyapu ke tepi pokok ketapang itu..dan dua hari selepas itu rasa sengal-sengal dan sakit kemudian sampai macam inilah tak boleh bangun..benda itu berlaku dah lama dah tapi apa yang Pakcik nih cakap betul..mak terlupa..."rintih Makcik tua tuh.


Pakcik M terdiam dan mengenggam penumbuk dan mendekatkannya ke mulutnya sambil terkumat kamit..Pakcik M berkata " insya ALLAH..saya cuba sedaya saya dan kita bersama-sama berdoa agar ALLAH menyembuhkan kerana sesungguhnya ALLAH maha penyayang.." Kata Pakcik M lembut..


Aku masih melihat kejadian ini.Tiba-tiba terlihat olehku Pakcik M bangun dan meminta supaya hadirin berganjak jauh sedikit.Meminta anak Makcik tadi membantu ibunya meluruskan kaki..Pakcik M sekali lagi menghalakan telapak tangannya ke ubun-ubun makcik tadi sambil membaca Bismillah dengan jelas....dan tidak menyentuh hanya melaluinya dan jaraknya 30cm dari tubuh makcik itu...


Aku berdebar-debar.Semua hadirin terpaku melihat.Pakcik M membaca surah -surah dengan jelas dan perlahan-lahan mengerakkan tangannya menuju ke bawah.Badan makcik tadi bergerak-gerak seperti terkena renjatan elektrik.Bila saat tangannya sampai ke paha...Kelihatan Pakcik M mula menekankan bacaan sambil tangannya mengeletar...anak Makcik tuh jadi cemas apabila terdengar tangisan Maknya yang mula ingin meraung.Segera Pakcik M menegah anaknya dari mendekati Makcik itu dan semakin laju henjutan tubuh makcik itu seolah-olah ada sesuatu yang mengoncangkannya.....meraung makcik itu meanakutkan aku dan kawan-kawan aku..Pakcik M berhenti lama di lutut Makcik tadi dan mula berpeluh..masih menbaca ayat-ayat suci..perlahan-lahan bergerak menuju ke ibu jari kaki makcik tersebut..Isteri pakcik M pula telah bersedia menunggu arahan dari Pakcik M dengan memegang sebiji botol kosong..beberapa kali aku terdengan dengusan Pakcik M semasa membaca ayat-ayat suci Al-Quran.Tone suaranya juga berubah-rubah.Tiba-tiba bulu romaku meremang..Aku seram dan cemas sekejap..Dengan secepat kilat Pakcik M mengambil botol kosong dari tangan isterinya dan memasukkan angin atau sesuatu yang tidak dapat dilihat di dalam botol.Tangisan makcik itu juga reda..Pakcik M meminta satu cawan air kosong dari isterinya untuk diberi minum kepada makcik itu...selepas Pakcik M membacakan ayat suci dan menghembuskan nafasnya ke arah air dan meminta Makcik itu membaca Bismillah dan minum dengan sekali teguk.Pakcik M meminta isterinya memberikan sebotol air dan sebiji limau purut.Limau purut itu dibelah ke 4 bahagian dan Pakcik M memerah air dari Limau purut itu masuk bercampur dengan air dalam botol.Pakcik M meminta anak makcik itu mengambil air itu dan menyapukannya ke kaki makcik itu sambil menbaca al-fatihah dan anak makcik itu segera melakukannya....Sesudah selesai pakcik M meminta makcik itu mengerakkan ibu jadi kakinya..


Buat pertama kalinya...cubaan Makcik itu menggerakkan ibu jari kakinya amatlah payah kerana makcik itu mengatakan dia telah lumpuh dan tidak mungkin tetapi apabila anaknya mendesak ibunya dan ternyata.....subhanallah...BOLEH bergerak walaupun amat lemah !!!


Aku terbeliak..anaknya makcik itu ternganga...dan mkcik itu bagaikan tidak percaya...Makcik itu menangis tanda gembira....Anaknya menucapkan syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana meberikan kekuatan untuk ibunya yang sekian lama menanggung azab...suasana jadi terharu seketika kerana makcik itu masih menangis gembira dan cuba lagi untuk bangun tetapi ditegah oleh Pakcik M.Pakcik M membacakan ayat suci pada air kosong untuk dibuat minum...dan memberikan sedikit nasihat dan tips kepada makcik itu supaya dapat kembali sihat...

Read More...

GANGGUAN

GANGGUAN...ATAU STRESS ???
Aku sering juga terdengar dari rakan-rakan mak mengenai masalah mistik yang dialami oleh mereka.Perkara-perkara yang sering dibangkitkan adalah mengenai perubahan tingkah laku yang luar biasa dan secara tiba-tiba atau melakukan sesuatu yang diluar kebiasaan dari pandangan mata.Aku juga terfikir adalah makcik-makcik dan juga jiran-jiran aku ini masih mempercayai perkara-perkara mistik ini kerana sudah menjadi asam garam apabila sesuatu yang misteri....juga menjadi berkait rapat dengan mistik...


Aku tidak mahu menghukum mereka.mungkin benar anak-anak mereka mengalami masalah batin disebabkan oleh gangguan ataupun kalau di zaman moden ini kita panggil sebagai "stress" dimana kerja dan tanggungjawab bertambah dan kena kejar sesuatu untuk berjaya supaya tidak ketinggalan.Zaman ini...semuanya perlukan duit..jadi kena bekerja keras untuk memenuhi tuntutan hidup..macam apa yang aku lakukan sekarang...kerja..kerja..kerja...


Aku mencari info mengenai bentuk gangguan yang boleh dilihat ,dirasa dan bagaimanakah bentuk dan tafsiran tentang gangguan terbabit.Aku tertarik tentang artikel mengenai cara gangguan yang ditulis.Aku juga pernah mengalaminya dan baru aku sedar bahawa aku mempunyai masalah bukan sahaja kerana penat selepas bekerja tetapi gangguan mistik yang boleh mempengaruhi rutin hidup aku..

Dibawah senarai arkitel yang ku ambil untuk tatapan semua...
renung-renungkan...

Malas melakukan rutin dan amalan harian seperti berkerja, belajar, solat, zikir, tilawah Quran dan sebagainya
• Gangguan ketika melakukan ibadah harian seperti lupa ayat-ayat Al Quran yang selalu dibaca dalam,doa yang dihafaz dan was-was.
• Kehilangan minat atau semangat secara tiba-tiba terhadap aktiviti harian termasuk seks.
• Mimpi buruk seperti mimpi ngeri, jatuh dari tempat tinggi atau mimpi bersetubuh.
• Kerap bermimpi haiwan seperti tikus,anjing hitam,kucing hitam,ular,kala jengking atau binatang berbisa.
• Berdebar-debar terutama menjelang malam.
• Gangguan semasa tidur seperti sukar tidur, terkejut berulang kali, lewat bangun, cemas, terasa ditindih hingga sukar bernafas dan bersuara.
• Sering mengantuk tidak mengira masa.
• Hilang selera makan dan berat badan.
• Suka menyendiri, kerap termenung, rasa gelisah, sedih dan kekosongan.
• Kerap migrain, pening kepala, selesema yang berpanjangan, gastrik atau sakit kronik tetapi tidak dapat di atasi dengan rawatan doktor.
• Letih luar biasa.
• Daya tumpuan merosot.
• Rasa sakit tetapi diSAHkan sihat oleh doktor.
• Rasa bersalah, hampa, kecewa, tidak berguna dan terasa ingin mati.
• Kesan lebam di tubuh seperti di peha, betis atau lengan.
• Cepat marah dan benci tanpa sebab dan secara tiba-tiba.
• Hilang kawalan diri pada waktu-waktu tertentu seperti pengsan, histeria atau tidak sedarkan diri.
• Terasa sesuatu bergerak-gerak dalam badan atau perut.
• Ternampak bayangan, lintasan atau sesuatu yang pelik.
• Terdengar suara, bisikan atau bunyi yang menakutkan.
• Terasa seperti diperhatikan atau diintai.
• Badan merasa tidak selesa seperti takut atau seram sejuk semasa dalam rumah.
• Melihat haiwan berbisa seperti lipan, kala jengking atau ular di dalam rumah.
• Kerap terhidu bau busuk seperti darah, kemenyan, bangkai dalam rumah. Kadangkala bau wangi atau pertukaran antara bau busuk dan wangi.
• Haiwan peliharaan seperti arnab, kucing dan ikan mati dengan kadar cepat atau akan sakit selalu.
• Anjing pula akan menyalak tidak tentu hala seperti gelisah atau ternampak sesuatu.

Jika anda terasa anda ada salah satu dengan perasaan yang digambarkan diatas...janganlah panik..rilek..tak semestinya ianya berpunca dengan kejadian mistik.Mungkin juga boleh disebabkan oleh stress.Stress yang berpanjang boleh membuatkan seseorang berhalusinasi,murung dan juga mendatangkan kesakitan ( hati sakit jadi badan pun jadi sakit gak..)tetapi jika anda dah juga pakar tapi tak sakit katanya..hah..yang tu boleh la gelabah sikit..Cuba tenangkan diri dan kenang-kenangkan apa yang pernah anda lakukan ( yang tak baik atau pernah sakitkan hati orang secara sengaja atau tak sengaja)..janganlah kabharkan kat orang dulu..orang tua kata muhasabah diri seketika...

Ada orang tanya padaku..bagaimana nak ingat benda-benda macam tuh..lagi-lagi kalau kejahatan kita buat kat orang....hahaha...yeke tak ingat atau saja-saja buat tak berapa ingat??

Jika hanya melangkaui ke 6 bulan sebelumnya sahaja.tak perlulah nak ingat sampai 20 tahun yang lalu..dah basi dah..kalau orang nak kenakan kita..nak santau kita..selalunya benda yang baru atau sedang berlaku yang berterusan..

Contohnya ada orang dengki di tempat kerja...hari-hari nampak muka dia dan dia nampak muka kita..ataupun individu tertentu yang baru dikenakan tindakan disiplin atas kesalahan sendiri tetapi mengaitkan kita atau orang sana..orang sini yang membuatkan dia dikanakan tindakan atau dibuang kerja.

Ada juga individu yang dengki kan kita secara diam..ni kes sangat-sangat bahaya..selalunya orang yang macam nih orag yang rapat sangat dengan kita dan boleh dianggap sahabat idup mati lah..tetapi dalam masa yang sama mengorek rahsia peribadi kita,..kelemahan kita dan seterusnya dalam tak sedar kita pun jatuh tanpa dapat dipastikan siapa dalang sebenarnya..


Read More...

PATUNG YANG BERCAKAP....


SIRI KEDUA : PATUNG YANG BERCAKAP
Bila kawan-kawan yang lain berada dalam satu rumah..riuh rendah suara mereka dengan gelak ketawa kerana ada sahaja perkara lucu yang diceritakan sepanjang pengalaman cuti semester masing-masing.Sudah hampir larut malam pun mereka masih lagi tidak mahu berhenti.Ada juga kawan-kawan lain yang dah terlentok di bantal..dah tak larat nak sambunglah tu..kemudian mereka mengambil keputusan untuk tidur...

Cuti masih berbaki 2 hari sebelum kelas bermula.Hostel mula dibanjiri oleh pelajar yang balik dari kampung.Terpancar kepuasan kerana dapat melepaskan rindu kepada keluarga.Tidak lupa ada yang datang bawak banyak barangan seperti buah-buahan dari kampung dan pelbagai jenis makanan bekalan dari keluarga untuk simpanan.Seronok dapat berkongsi makanan dengan mereka ini tetapi tetap juga jadi kedekut sedikit dengan menyorok makanan kegemaran untuk diri sendiri.Mana boleh semuanya lebur bagi diorang nih makan...makanan free nih cepat aje habis...jadi lebih baik ambil langkah berjimat cermat dahulu....

Televisyen telah menyiarkan lagu negaraku.Sudah takder cerita lagilah nak tengok jadi lebih baik berehat dan melelapkan mata..Pada malamnya..kawanku ini terjaga kerana nak pergi ke tandas.Dalam keadaan mamai-mamai itu kawanku terasa ada seseorang sedang berbual.Kawanku tidak menghiraukan suara itu kerana niatnya nak pergi tandas.Terasa malas sangat nak bangun...tapi kalau tak bangun alamatnya silap-silap 'ngompol' pulak atas katil...malulah..ahh...bangun jugak...
Mata pejam celik...pejam celik...menahan panahan lampu osram yang bercahaya kekuningan dan menyilaukan mata...
Urusan tandas sudah selesai..kemudian kawanku yang ku gelarkan Lin ini mengatur langkah ke katil.Masih lagi kedengaran suara orang sedang bercakap,Lin melihat suatu sudut terdapat susuk tubuh teman serumah,Ina sedang mengadap patung "TOM" sambil bersembang.Lin mengelengkan kepalanya sahaja kerana memang diketahui bahawa Ina memang selalu berborak dengan patungnya....dan Lin hanya membiarkan sahaja.....

Malam-malam seterusnya pun begitu dan setiap kalinya rakan yang lain juga terserempak dengan ina yang sedang berborak dengan TOM.waktu terserempak juga pada waktu mereka ingin ke tandas pada larut malam...Suatu hari Lin hendak pergi ke tandas pada malam yang lain tetapi terperanjat melihat ada lintasan bayangan hitam berlegar di ruang tamu.Cepat-cepat Lin masuk ke bilik dan menutup muka dengan selimut dan ketakutan..Lin terdengar langkah mundar-mandir dan hentakan kaki yang keras.Hati menjadi semakin kecut...Lin menahan nafas dan cuba membaca ayat-ayat suci tetapi berterabur dan ada yang terlupa.....hentakan kaki masih didengari...dan perlahan-lahan kemudian menghilang....


keesokan malamnya rakan yang lain pula megalami kejadian yang sama..masing-masing pun berasa takut...dan mengambil keputusan berkongsi katil untuk menenangkan fikiran...
tetapi dalam banyak-banyak rakan yang gelisah..Ina tidak peduli semua itu kerana Ina tidak pernah terserempak dengan kejadian aneh dalam hidupnya.Tanpa hiraukan mereka...dia terus dengan aktivitinya dan bergurau senda dengan TOM..patung kesayangannya.

Rakan yang lain pernah menyatakan bahawa mereka ternampak patung Ina itu bergerak dan kemudian seolah-olah bercakap dengan Ina.tetapi inikan zaman moden...dan mereka ingat mereka hanya berfantasi sehinggalah kelibat dan lintasan berlaku di dalam di dalam rumah....

Rakan-rakan lain semuanya takut untuk datang melawat rumah kami dan yang didalam rumah pun lagilah takut.Apapun rakan serumah semuanya perasan ada yang berubah di dalam rumah setiap kali mereka keluar menghadiri kelas.Patung TOM kepunyaan ina akan dijumpai dimerata dan di bilik orang lain.Puas Ina mencari patung kesayangannya.Kadang-kadang Ina masuk ke bilik Lin bertanyakan adakah mereka ternampak "TOM".Pada mulanya mereka berfikir bahawa Ina pelupa sampai tak ingat dimana dia mencampakkan patung yang disayang sangat-sangat itu...

Pada malamnya...semua orang dah masuk ke bilik dan menutup lampu dan memasang lampu kamar agar rumah tidak terlalu gelap...tiba-tiba terdengar suara bisikan yang menakutkan yang didengari oleh bilik Lin.Lin terpinga-pinga dan cuba menfokuskan dirinya.Adakah dia hanya berhalusinasi...Lin sedaya upaya cuba melelapkan mata tetapi tidak berjaya.Suara bisikan masih terdengar seram..Lin bingkas bangun dan cuba mengejutkan rakan sebelah katil.Rupanya rakan tadi juga mendengar bisikan yang sama........
Read More...

IMAM BERJANGGUT PUTIH

IMAM BERJANGGUT PUTIH


SEBAIK saja selepas menikmati juadah berbuka puasa bersama isteri petang itu, Kamarul sempat menunaikan solat maghrib dan selepas itu bergegas ke rumah kawan karibnya Marzuki yang sudah bersedia dengan joran pancing.

SEBAIK saja selepas menikmati juadah berbuka puasa bersama isteri petang itu, Kamarul sempat menunaikan solat maghrib dan selepas itu bergegas ke rumah kawan karibnya Marzuki yang sudah bersedia dengan joran pancing. Mereka terus ke warong Pak Mail untuk bertemu dengan tiga lagi rakan pancing yang sudah lama menunggu. Sebuah kereta pacuan empat roda mereka meninggalkan warong Pak Mail selepas menghirup segelas teh tarik. Lokasi pertama ialah ke Kuala Sungai Belanak untuk memancing ikan sembilang pada waktu air pasang. Dengan umpan perumpun sarung, nipah dan perumpun air tentunya habuan paling baik bagi spesies ikan sembilang itu.

Oleh kerana perjalanan ke lokasi Kuala Sungai Belanak itu melalui kawasan tasik lama dan hutan belukar mereka menghadapi sedikit kesukaran kerana jalan kecil menuju ke Kuala sudah di tutup dengan ranting-ranting kayu yang baru tumbuh. Mengharung selama hampir satu jam mereka bertemu dengan sebuah warung minum dalam sebuah perkampungan kecil yang didiami ramai warga yang berkupiah putih sedang menuju ke sebuah masjid.

Sebaik selepas minum kami dipelawa oleh seorang lelaki tua berjanggut putih untuk menunaikan solat tarawih. Kamarul dengan rakan pancingnya tidak menolak pelawaan orang tua berjambang yang juga seorang imam di masjid itu. Tidak ada kaum wanita yang menunaikan solat tarawih di masjid berkenaan dan kanak-kanak lelaki berkurangan.


Selesai saja solat terawih, jamuan kecil di adakan dan Kamarul dipelawa oleh bilal masjid untuk makan bersama dengan tuan imam (orang tua yang berjambang).

Kamarul berbual panjang dengan orang tua itu manakala rakan pancing yang lain turut bermesra dengan jemaah masjid. Sebaik meninggalkan masjid untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Sungai Belanak, angin kencang, ribut serta guruh dan kilat bagaikan membakar kawasan masjid yang sudah hilang dari pandangan. Cuma hutan tebal di sekeliling, kenderaan pacuan empat roda yang di pandu sendiri oleh Bujang (tuan punya kenderaan) terus membelah lorong kecil yang samar-samar.

Hujan mula turun dan beransur lebat beserta kilat dan guruh. Perjalanan diteruskan walau arah tuju sudah mula bercelaru dalam kepala Bujang, tapi mula bersemangat apabila mendengar suara azan lalu bertemu dengan sebuah lagi perkampungan kecil tapi ramai dari kaum wanita bertelekung putih menuju ke masjid.

Kali ini semua kaum wanita yang pergi ke masjid, kami langsung tidak dibenarkan ke masjid berkenaan malah tiada seorang pun yang menegur kami. Kami menjadi bingung tapi mujur dapat diselamatkan oleh seorang tua perempuan yang juga berjubah putih. Kami dipelawa ke warungnya lalu di beri minum kopi panas.

“Macam mana cucu boleh sampai ke kampung ni ? Perempuan tua itu bersuara sambil memandang sekeliling (bimbang).

“Kami dalam perjalanan ke Kuala Sungai Belanak untuk memancing Nek,” Jelas Kamarul.

“Ini kampung orang perempuan, Kuala Sungai Belanak tak ada kat sini ! Berkedut kulit dahi orang tua tu, lalu menghilangkan diri sebaik saja melihat beberapa orang perempuan datang menuju ke arahnya.


Melalui isyarat tangan kami di arah meninggalkan kampung itu dengan segera. Sebaik saja kenderaan bergerak kampung hilang daripada pandangan, kami berada dalam hutan yang lebih tebal daripada yang ditempuh sebelum itu.

Melihat keadaan yang ketara perubahannya, Bujang memecut kenderaannya membelah hutan tebal dengan tidak mengira keselamatan diri dan kawan-kawan lain. Akhirnya kenderaan menjunam jatuh ke dalam gaung, kami menjerit kuat, tapi Kamarul terjaga apabila dikejutkan oleh rakan pancing lain.

Dalam keadaan terpinga-pinga itu Kamarul yang masih sedar dengan tidak bertanya sambil memegang bahu Bujang.

“Engkau tak cedera, mana kawan-kawan kita yang lain,” suaranya cemas.

Semua gelang kepala sambil menghirup teh tarik.

“Kamu tu mengigau..... bila lagi kita nak pergi Kuala Sungai Belanak mancing ikan sembilang,” Marzuki bersuara.

“Kitakan dah kesana tadi, singgah dua kampung, lepas tu kereta menjunam dalam gaung, kita selamat, suara Kamarul sungguh-sungguh sambil memandang kawan-kawannya.

“Kita belum bergerak lagi !!

“Tapi..... Kamarul terhenti apabila dipintas cakap oleh Marzuki sambil ketawa.

“Engkau tu.....” suara gelak ketawa terus mengisi suasana malam itu.

Kamarul mengaru kepala antara percaya dengan tidak, tapi dirasakan misteri itu benar-benar berlaku.

“Entahlah....” Ngumilnya sendirian.

(artikel seram dari JORAN)

Read More...

SUARA MELOLONG ATAS JAMBATAN

SIRI KEDUA : SUARA MELOLONG ATAS JAMBATAN>

AZMAN, begitulah nama abang penulis yang lebih mesra kami panggil Itam saja. Itam anak kelima daripada sepuluh adik-beradik. Sewaktu bersekolah rendah, kami adik-beradik suka merayap di kawasan paya dan hutan berhampiran kampung atau memancing ikan. Masa itu sekitar tahun 70-an, masih banyak lagi ikan seperti haruan, putih, terbol dan keli dalam paya atau anak sungai tidak jauh dari rumah kami.

AZMAN, begitulah nama abang penulis yang lebih mesra kami panggil Itam saja. Itam anak kelima daripada sepuluh adik-beradik. Sewaktu bersekolah rendah, kami adik-beradik suka merayap di kawasan paya dan hutan berhampiran kampung atau memancing ikan. Masa itu sekitar tahun 70-an, masih banyak lagi ikan seperti haruan, putih, terbol dan keli dalam paya atau anak sungai tidak jauh dari rumah kami.

Apabila kami dewasa dan berkeluarga, masing-masing tinggal berjauhan bersama keluarga. Itam masih meneruskan hobi memancing dan boleh dikategorikan sebagai pemancing tegar. Bagaimanapun Itam hanya memancing di laut atau pulau, tepian pantai atau kuala sungai.

Dia tidak berapa gemar memancing di darat kerana geli dengan pacat. Sepanjang pembabitan dalam aktiviti memancing, Itam tidak pernah berhadapan atau mengalami peristiwa ganjil atau misteri. Cuma ketika zaman persekolahan dulu banyak juga kejadian menakutkan dialami ketika kami memancing ikan. Kami pernah dikejar beruk, terserempak ular tedung selar yang berdiri tiga suku badan ketika memancing udang galah di Sungai Semangar dan sesat ketika mencari jalan untuk ke Sungai Sayong.


Bagaimanapun itu semua tidak menghalang kami meneruskan hobi ini. Apabila datang rasa gian hendak memancing, Itam sanggup pergi seorang diri walaupun malam hari. Kadang-kadang jika anaknya tidak bersekolah, Itam akan membawanya ke lokasi. Tetapi selalunya Itam lebih banyak pergi seorang diri. Itam yang tinggal di Pasir Gudang, Johor, sanggup memandu seorang diri waktu malam menuju ke sebatang sungai di Sedili, Kota Tinggi, hanya untuk melepaskan giannya memancing. Bagaimanapun sejak berlaku satu peristiwa yang menakutkan ini, Itam tidak lagi berani pergi memancing sejauh itu seorang diri. Kejadian itu berlaku kira-kira dua tahun lalu.

Kisahnya begini. Satu malam selepas Maghrib, Itam memandu kereta seorang diri bersama kelengkapan memancing menuju ke sungai di Sedili dari rumahnya di Pasir Gudang. Sebenarnya, itu bukan kali pertama dia ke situ untuk memancing. Sungai direntang dengan jambatan. Di jambatan itulah Itam memancing ikan sembilang, gemang, tetanda, siakap merah, gelama dan lain-lain.

Tiba di situ kira-kira jam 11 malam, Itam pun terus melabuhkan umpan hirisan ikan ke dalam sungai yang mengalir di bawah jambatan. Kebetulan malam itu ada sekumpulan pemancing, di sebuah jeti kecil kira-kira 100 meter dari jambatan. Malam itu agak gelap. Hanya suara mereka yang kedengaran. Itam mengagak mungkin ada tiga atau empat orang memancing di situ.

Tiba-tiba Itam terdengar suara sayup di seberang sungai. Suara itu tidak pernah di dengarnya sebelum ini. Hendak dikatakan suara anjing bukan, suara burung pun bukan. Suara itu semakin lama semakin jelas. Ia seakan-akan lolongan serigala. Suara itu dari udara! Serentak dengan bunyi aneh itu, tiba-tiba Itam terdengar kumpulan pemancing yang di atas jeti menjerit.

“Jangan kacau!...” Kemudian kumpulan pemancing itu bergegas masuk kereta. Kedengaran bunyi enjin kereta memecut laju meninggalkan jeti tempat mereka memancing. Itam tercengang kehairanan. Bunyi melolong yang didengar tadi sudah berada di jeti. Tidak lama kemudian bunyi yang menyeramkan itu menuju ke arahnya. Bunyi yang seakan-akan ketawa dan melolong itu betul-betul berada di atas pokok berhampiran jambatan.

Itam serta-merta terus menggulung pancing dan mencampaknya ke dalam but kereta yang sedia terbuka. Bunyi lolongan itu masih jelas kedengaran tetapi entah apa bendanya Itam pun tak pasti. Yang penting dia perlu meninggalkan jambatan itu. Enjin kereta dihidupkan. Itam menekan pedal minyak, memecut meninggalkan tempat berkenaan tanpa menoleh ke belakang. Sejak itu Itam tidak pernah pergi ke jambatan itu lagi untuk memancing. Suara melolong yang menyeramkan itu masih terngiang-ngiang lagi di telinga Itam.... mungkinkah hantu, mungkinkah jembalang?

( cerita dari artikel JORAN)

Read More...

BUAYA DISANGKA SAMPAN


BUAYA DISANGKA SAMPAN


ENTAH macam mana, hatinya pada malam itu tergesa-gesa hendak ke sungai memancing udang galah seperti yang di harapkan oleh isterinya yang sedang hamil empat bulan, cerita Suhaimi kepada penulis sebaik tiba di rumah Tok Penghulu Batin Itam, di sebuah perkampungan orang asli hulu Sungai Pahang.

ENTAH macam mana, hatinya pada malam itu tergesa-gesa hendak ke sungai memancing udang galah seperti yang di harapkan oleh isterinya yang sedang hamil empat bulan, cerita Suhaimi kepada penulis sebaik tiba di rumah Tok Penghulu Batin Itam, di sebuah perkampungan orang asli hulu Sungai Pahang.

Kerana tidak mahu menghampakan hajat isterinya, Suhaimi bersama seorang rakan karibnya (Alang Ali) terus menghulu sungai berkenaan yang sudah biasa dengan mereka malah lubuk-lubuk udang dan liku sungai sudah terpeta dalam kepala mereka. Justeru atas keyakinan itulah membuatkan isteri Suhaimi tidak merasa bimbang pemergian suaminya meredah malam itu untuk memancing udang galah yang diidamkan sejak kebelakangan ini.

Begitu juga dengan Alang Ali yang berketurunan darah waris orang asli masih kukuh berpegang kepada kepercayaan bahawa sesuatu yang berlaku itu datangnya dari Allah maka kepadaNyalah kita minta pertolongan. Alang Ali dan keluarga sudah lama memeluk agama Islam.


Beliau masih bujang tapi berkeluarga rapat dengan Penghulu Batin Itam yang terkenal dengan dakwahnya untuk menarik lebih ramai masyarakat orang asli di kampung itu memeluk agama Islam.

Sebaik tiba di pangkalan dengan tidak menggunakan sebarang lampu, cuma bantuan cahaya bulan di langit mereka menaiki sebuah sampan kecil yang cuma selesa untuk dua orang saja lalu meneruskan perjalanan ke hulu sungai dengan berkayuh.

Keadaan cuaca pada malam itu seperti biasa saja, cuma sesekali ada rasa berlainan ketika berkayuh. Pengalaman dua rakan pemancing udang di sungai berkenaan tidak diragukan jika dengan pantas mereka berjumpa lubuk udang galah.

Oleh kerana kawasan lubuk itu terlindung dari arus deras, sampan tidak dilabuhkan, tapi ianya terapung diam bagi memberikan keselesaan memancing kepada Suhaimi dan Alang Ali. Lubuk berkenaan mendatangkan hasil tangkapan yang lumayan spesies udang galah bersaiz besar.

Masing-masing dengan hanya menggunakan dua batang joran setiap seorang sudah menghasilkan belasan udang galah dan dalam waktu yang sama sampan bergerak perlahan ke lokasi yang lebih tenang tapi kurang disenangi kedua-dua pemancing berpengalaman itu.

Alang Ali cuba berkayuh menghala arah lain tapi sampan tidak mengikut arah yang kemudian oleh Suhaimi, tapi lokasi itu juga mereka banyak mendaratkan udang yang lebih besar.

Kerana rezeki sudah lebih dari mencukupi mereka pulang semula ke pangkalan tapi sepanjang jalan mereka merasa berlainan dengan sampan yang mereka naiki, kerana sesekali bagaikan ada air menyimbah masuk dalam sampan. Alang Ali dan Suhaimi tidak mahu memikirkan itu semua kerana yang lebih di harapkan agar mereka selamat tiba di pangkalan.


Sebaik mendarat di daratan sampan yang mereka naiki tenggelam dan timbul tidak jauh dari pangkalan lalu menghilang ketengah sungai. Suhaimi dan Alang Ali menarik nafas panjang kerana tidak menyangka rupanya bukan sampan yang mereka naiki sepanjang melakukan aktiviti memancing.

Mereka tidak sepatah pun bersuara tentang sampan yang mereka naiki, cuma isteri Suhaimi saja yang ada menyebut tentang sampan yang digunakan oleh suaminya serentak dengan itu Suhaimi teringat bahawa isterinya adalah waris cucu kepada Awang Dolmat (Pawang buaya).

(Artikel dari JORAN)

Read More...

JENIS -JENIS HANTU

Jin ialah sejenis makluk yang juga diciptakan oleh tuhan selain dari manusia. Jin juga mampu menukar rupa bentuk mereka kepada bentuk-bentuk lain dan menjadikan mereka terbahagikan kepada ketegori hantu yang berlainan jenis dan nama. Dikalangan masyarakat melayu juga mempunyai nama dan jenis-jenis hantu yang tersendiri. Antara jenis-jenis kelompok hantu-hantu ini adalah :-

1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak -
wanita berpakaian serba putih membalas dendam.Tebal

Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.

2. Langsuir
Adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu.Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka.

3. Toyol - hantu kanak-kanak bogel
Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

4. Pelesit - boleh dipelihara
Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

5. Hantu air
Merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.

6. Hantu raya - boleh dipelihara
Hantu Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.Cara mengambilnya ialah: amik dekat pokok kelapa yg kena panah petirHantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

7. Hantu bungkus
Makhluk ghaib yang dilihat berbungkus dalam kain kafan.Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

8. Polong
Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.

9. Bota
Makhluk besar hodoh menjelma dari dalam tanah. Hantu yang terkenal sehingga namanya digunakan sebagai nama sebuah kampung. Mengikut kepercayaan penduduk tempatan Bota, nama kawasan ini diambil bersempena sejenis gergasi yang wujud di sini. Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja dan amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar.Kebanyakan masanya dihabiskan di dalam tanah dan jarang dilihat oleh manusia. Menurut nenek-nenek tua di kawasan ini, badan gergasi Bota ini menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan puyu dan tilan biasa ditemui. Makanannya didapati di dalam tanah juga dan sesekali akan mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan. Manusia dan haiwan bukanlah makanan kegemarannya kerana ia hanya keluar sesekali sahaja terutama pada rembang petang.Gergasi Bota ini dikaitkan dengan kehilangan seseorang. Jika seseorang penduduk didapati hilang, mereka percaya Bota yang bertanggungjawab dan penduduk tersebut telah melanggar pantang 'kewujudan' Bota di sesuatu kawasan. Anehnya Bota ini tidak banyak tapi boleh berada di mana-mana sahaja terutama di kawasan Sungai Perak.

10. Bajang
Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

11. Bunian, Kerajaan dan keluarga Bunian.
Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah.Mereka dikatakan wujud dalam masyarakat besar, menyerupai struktur sosial manusia, mempunyai keluarga, puak, dan struktur masyarakat. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia. Sesetengah masalah kerasukan dikatakan berpunca dari orang bunian.Orang bunian mempunyai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian dikatakan menculik kanak-kanak, dan bayi didalam perut wanita dan ada dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.Semenjak orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah dihiraukan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Sekali seorang manusia telah pergi untuk tinggal dengan orang bunian, dia tidak boleh balik ke alam biasa, sebagaimana orang bunian hidup lebih lama daripada manusia. Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin mengembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaityu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.Orang Bunian Sungai TekaliPada Julai 1998, satu tapak perkhemahan baru telah dibina di Kampung Sungai Tekali, daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Tapak perkhemahan ini adalah milik Jabatan Pelajaran Negeri Selangor . Perkhemahan yang pertama kali itu ialah Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Negeri Selangor.Segelintir penduduk kampung percaya dan melihat 3 orang (?) bunian mandi dalam anak sungai di tapak itu. Seperti biasa majlis bacaan Yassin diadakan pada hari pertama perkhemahan. Pada malam 'Night Walk' yang dikendalikan oleh Askar Briged Tengah, dua orang peserta telah 'hilang' dan seperti kerasukan selama beberapa bulan. Kejadian ini dikaitkan dengan orang bunian. Kini tapak perkhemahan itu telah 'bersih' dan tidak lagi kedengaran cerita-cerita seumpama itu.

12. Hantu Jepun
Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia II, semasa Jepun menawan Malaysia.Tempat yang selalu selalu disebut-sebut sebagai kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II. Oleh itu, boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanya dipangku bersama-samanya.Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera.Tidak pula diketahui sama ada hantu Jepun turut terdapat di negara-negara jajah takluk Jepun yang lain (selain Singapura).

13. Hantu bukit.
Hantu bukit merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan bukit. Hantu bukit sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.

14. Hantu kubur
Hantu kubur merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan perkuburan. Hantu kubur amat ditakuti dikalangan orang-orang asli kerana mampu menyebarkan penyakit. Ini adalah antara sebab orang asli berpindah randah sekiranya berlaku kematian. Malah ia ditakuti oleh puak asli Kubu (Indonesia) dan Jakun (Malaysia) walaupun mereka dipisahkan oleh selat Melaka. Sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.Cara mengambilnya ialah:tanah atau pacang kayu org mati kena bunuh/berdarah

15. Pari-pari
Pari-pari merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang terdapat dalam hutan. Pari-pari ini dikatakan mempunyai masyarat tersendiri dan boleh dikatakan menyerupai orang bunian. Pari-pari dikatakan tidak dipelihara oleh manusia dan dikatakan hidup bebas.

16. Hantu punjut
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

17. Jerangkung
Jerangkung merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan menginiaya orang lain. Pemeliharaan makhluk halus seperti ini turut dikenali sebagai saka.

18. Hantu laut
Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya. Bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun. Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai / main pantai.

19. Hantu galah
Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan.Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok. Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang kakinya, atau ketika melalui celah kangkangnya.Manusia yang bersahabat dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongannya.

20. Jin Tanah
Jin Tanah dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dikatakan menjaga sesuatu kawasan (tanah).Jin Tanah biasanya menjaga sesuatu kawasan tanah dan akan menganggu mereka yang membuka tanah baru untuk berhuma. Untuk mengelakkan gangguan Jin Tanah, biasanya upacara pembukaan tanah baru akan di adakan. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak, Jin Tanah akan mengganggu mereka yang meneroka kawasan tanah baru tersebut.21. Hantu KeramatHantu Keramat merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat disuatu tempat tetapi tidak mengganggu orang.

22. Hantu Kum-Kum
Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari / sesetengah cerita menyatakan sebulan.Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah XX perawan.Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan "Kum-Kum" sambil mengenakan jibab.

23. Hantu Bungkus
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

24. Orang minyak
Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai.Kisah orang minyak ini amat popular sehinggakan ia dijadikan sebuah filem pada tahun 1958. Filem ini diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd dan diarahkan oleh P. Ramlee.

25. Puaka
Hantu Puaka merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dikatakan sering berkeliaran bersama-sama cuaca buruk.

26. Penanggalan
Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.

27. Pocong
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

28. Hantu bidai
Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air. Hantu bidai mampu menyerupai tikar, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.

29. Hantu kopek
Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek (buah dada) mereka.

31. Harimau jadian
Harimau jadian dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis ilmu yang membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki. Ia dikatakan dibantu oleh golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya mempertahankan diri dan juga bagi memudaratkan musuh.Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal, dan sekiranya tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia.

32. Jembalang tanah
Jembalang tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat dikawasan hutan dara. Jembalang tanah dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan.

Read More...

KISAH 1:SIAPAKAH DI KOLAM RENANG???

Maafkan aku jika kebelakangan ini tak update blog.Hari ini aku demam selesema dan tak larat nak menulis.Aku cuba jugak nak menaip tapi kadang-kadang idea nak menaip dan mengolah pengalaman aku amatlah susah.Almaklumlah....aku ni bukan pandai story pun...lagi benda yang bertahun lama,bila nak taip balik kenalah pikir ayat yang sesuai agar pembaca dapat fahami apa yang aku cuba sampaikan..bukannya aku sorang aje faham..orang lain tak faham.

Kisah mengenai histeria kali ini bukan aku yang kena..tetapi rakan rapat atau senang satu tempat kerja.seumur hidup aku nih tak pernah kena rasuk macam kawan aku nih tapi pengalaman meng'handle' situasi begini amatlah payah.
Pada mulanya dia nampak okay aje dan beberapa ketika baru aku sedar yang kawanku ini diserang histeria.

Pada mulanya aku macam selalu akan diduga dengan perkara yang tak diundang.Sampai saat aku ingin menaip didalam blog ini pun..masih ada yang ingin menganggu aku takkala aku ingin mulakan bicara.Gangguan yang ku maksudkan ialah tiba-tiba ada angin yang bertiup dengan kuat ke arahku.Aku menoleh tiada apa-apapun.Mungkin tak kena kot waktu aku nak mencoret disini.Selalunya detik 12 malam waktu aku ingin memjamkan mata itulah barulah ayat-ayat nak mengolah tu datang.Bila aku membuka laptop aku dan mulakan taipan aku..perasaan tidak seronok dan rasa diperhatikan pula.Mungkinkah itu hanya perasaan aku?Aku tak ingin meyiasat...dan aku hanya mengambil keputusan...shutdown laptop aku dan cuba melelapkan mata...

Aku teringat kisah histeria ini sebab pada catatan sebelumnya aku telah memberikan info mengenai histeria tetapi tiada pula catatan dari pengalaman aku.Atas permintaan rakan-rakan juga aku akan sedaya upaya mengolah cerita dari pengalaman aku ini sampai habis.Maaf kepada pembaca blog aku sekelian...kebanyakannya aku ingat-ingat lupa tetapi aku tetap ingat key yang penting.Tidak mahu menghampakan dan membuat cerita tak habis...aku akan sedaya upaya mengingati...macam header blog ini.."setiap malam ada satu cerita" bermaksud kadang-kadang pengalaman aku sendiri tiada jawapan kerana setiap malam yang berikutnya kadang-kala ada sahaja berita,cerita atau gangguan yang baru sehinggakan aku pernah terasa aku ni dah tak betul......dan hidup dalam ketakutan dan sentiasa gelisah....

Histeria yang ku ingin sampaikan kali ini mengenai dari gangguan yang ringan dan kadang-kala kita tak ambil pusing pun.Bagi orang macam aku pulak...aku menjadi berhati-hati selalu setiap mana aku memijak..Ianya terjadi apabila salah seorang yang celupar tetapi orang lain yang menjadi mangsa...

Ada perkara yang boleh dibawa bergurau tetapi bukan semuanya boleh buat kita ketawa..
cerita kali ini mengenai sekumpulan pelajar kolej..dan salah seorang kawan sekolah aku yang kebetulan belajar bersama dengan mereka disana.

Rakan sekolahku ini berminat menyumbangkan cerita dari pengalaman dia padaku apabila mengetahui mengenai blog yang ku buat ini.Jadi aku dengan terbuka hati ingin menulis disini agar menjadi iktibar kepada pelajar lain agar sentiasa berhati dan menjaga tingkahlaku....

Rakan sekolah menengah ini pernah menuntut di Kolej **** pada tahun xxxx(tak perlu saya sebutkan ye...) yang bertempat di Langkawi.Asrama pelajarnya dari cerita rakan saya sungguh cantik dan seperti chalet yang terletak di tepi pantai....
Setiap petang mereka akan menyusuri pantai dan mengutip apa-apa saja.Kalau tengah bulan..duit dah abis beli buku...atau enjoy ke..maka kepah jadi santapan..

Selepas itu mereka pun berpindah ke apartment pula..

Dalam asrama ada 12 orang duduk dan ada 3 bilik.setiap bilik mewakili 4 orang dan satu bilik.Permandangan asrama yang mengadap laut amat mempersonakan.Bila cuti..mereka satu rumah keluar berjalan-jalan di Kuah.Satu bilik yang dihuni oleh rakan aku ini berpakat membeli patung yang besar dikuah kerana harganya yang murah.Setiap seorang dari mereka mempunyai patung dari kartun kegemaran masing-masing.Dari tweetie,tom(dari karektor tom and jerry ),garfield...dan seumpama dengan itu...dan mereka membeli patung itu sebesar budak darjah 3.Murah kononnya dan dibawa tidur.

Bila mereka semua ingin pergi ke kelas..mereka akan menyusun sebaris patung-patung mereka di atas meja.macam nak buat display pun ada jugak..setiap malam bila nak masuk tidur masing masing dengan bangganya bawak ke hulu ke hilir sambil berborak dengan patung terbabit.Kadang-kadang geli hati rakan aku lihat mereka bertanya soalan pada patung tuh..dah kemudian jawab sendiri.Rakan aku sendiri pun ada patung kesukaannya iaitu karakter kartun pikachu tapi takdelah macam kawan lain-lain bercakap,mengadu ngan patung

Kerana patung itu besar jadi kadang-kadang mereka letakkan di katil dan selimutkan patung itu..

Ada seorang dari mereka memiliki patung bberbentuk "TOM" dari karektar Tom & jerry dan hampir separas pinggang tuannya.Setiap hari tuannya berborak dengan TOM kesayangannya dan memeluk sambil berjalan kesana kemari hinggakan ke dapur juga dibawanya.Rakan-rakan lain menjadi kurang senang kerana sikap aneh seolah-olah patung itu memahami setiap kata-katanya.

Apabila cuti semester sampai,tibalah semua pelajar balik ke kampung masing-masing.Rakan satu rumah telah berjanji sesama sendiri bahawa mereka akan kembali awal seminggu untuk berjalan-jalan sekitar langkawi..

PEMBOHONG PUNYA RAKAN SERUMAH..........

Bila waktunya dah sampai..bayang yang lain pun tak nampak.hampeh punya kawan...tengok berseronok sampai lupa la tu nak datang awal.Jadi bila kawan aku nih dah "ter"sampai awal ke hostel..terpaksa ajelah duduk dalam rumah berdua dengan sorang lagi kawan yang menepati janji..Kalau dah datang awal ke asrama itu takder la masalah tetapi budakdari bilik lain pun takde...kalau di bayangkan memang seram sebab hanya dia dan seorang lagi sahaja yang berada di dalam kawasan yang ada beberapa blok itu...
Di dalam kawasan apartmen yang besar itu terdapat kolam renang..jadi bagi menghilangkan rasa bosan dan seram kerana suasana apartment yang sunyi..rakanku dan kawannya ini duduk di kolam renang..sambil merehatkan minda.

Tapi amat suspens bila malam menjelang apabila satu blok itu hanya ada rakan aku...kawan dia dan 3 orang budak dari rumah yang lain dan koridor paling hujung..hendak tak hendak kena jugak duduk kat hostel..takkanlah nak balik kampung balik..kalau dekat takpe ni 8 jam perjalanan...apabila bosan rakan aku ini akan berdiri di beranda apartment sambil melihat kolam renang yang kosong.rasa hening...tenteram ada..seram ada sebab terasa macam asing aje..

Yang kawan dia dah macam orang gila tak tahu nak buat aper..tengok tv sudah..makan pun sudah..baring tak kena sebab dah puas baring agaknya....Kawan aku ni lihat yang rakan seorang lain atau namanya Lia itu mundar mandir tak keruan..malas lah nak melayan dia yang suka borak tuh..kawan aku mengelamun dan berangan jap..tetapi kawanku tersentak seketika ketika melihat ada seseorang sedang menuju ke kolam renang..kelihatan bagai teman serumah.Tetapi bilakah dia balik?

Kawanku itu melihat Shima(rakan tadi)sedang berdiri dibucu kolam.Kawanku menoleh kerana ingin bertanyakan Lia sama ada ternampak shima masuk rumah tadi.Lia bekata tiada sesiapapun yang keluar masuk dirumah.Kawanku dan Lia melihat kelibat shima masih dibucu kolam.Lia ingin memanggil shima tetapi lidahnya kelu.Kemudian Shima mula terjun ke dalam air.Tak sejukkah dia? jam menunjukkan pukul 11 malam.Kawanku dan Lia mengintai lagi tetapi Shima tidak timbul-timbul.Gusar dan cemas kami tunggu lagi dalam 10 minit.keadaan masih sama.Kami bergegas untuk turun ke bawah dan Lia masuk ke bilik untuk mengambil tuala untuk menutup rambutnya.Tiba-tiba terdengar suara Lia memanggil.Kawanku bergegas masuk bilik.

'kenapa?? soal kawanku.

"peliknya.Jika Shima ada kenapa beg besar dia takde dan katilnya tidak terusik"kata Lia.

"Entahlah.Mungkin dia tinggalkan kat bawah dengan dia..lepas mandi baru bawak naik sekali kot"kataku.

Lia masih tidak puas hati dengan penjelasan aku.Lia lantas mencapai telefon dan mendail nombor.

"kau hendak telefon siapa waktu begini?"tanya kawanku.

"Aku hendak telefon Shimalah kat bawah.Nak tanya dan suruh dia cepat-cepat naik dah malam.Aku tak berani turun"kata Lia.

Panggilan Lia disambut."Shima,kau buat ape kat bawah mandi...malam-malam begini..Kau tak sejuk ke?Lia terus memulakan bicara.Kawanku memasang telinga.

"hello...ni sapa ni?Ini mak Shima.Shima ada dalam bilik anak saudara dia...Bila pulak Shima mandi?nak cakap dengan dia ka??"kedengaran suara mak Shima di hujung talian dan juga kedengaran Shima sedang memanggil maknya dengan nyaring..

"takpa..takpa makcik..lain kali ya...tima kasih'sambut Lia dan terus mematikan telefon.Kawanku memandang Lia dengan tertanya..hati masing-masing jadi kecut..

"kau nampakkan Shima kat bawah??soal kawanku.

"ye...aku nampak.Masalahnya dah terbukti Shima ada kat kampung dengan maknya..Habis tu..yang kita nampak tadi siapa??tanya Lia.

"Er..ntahlah..nasib baik kita tak turun.."jelas kawanku ketakutan.

Kawanku dan Lia mengambil keputusan untuk tidur dengan lampu terpasang seluruh rumah dan juga tidak berani nak berkata atau berborak kerana masih terkejut..Lia sempat pasang tape orang mengaji Al-Quran kerana berasa tidak tenteram...Kadang-kadang suara ustaz yang mengaji dalam tape itu pun menakutkan hati kami kerana alunannya yang kadang-kadang lembut...dan kadang-kadang sedikit keras......

Akhirnya kami tertidur juga.....keadaan beerterusan sehingga rakan yang lain pun balik.Tetapi Kawanku dan Lia masih membisu dan tidak sedikit pun terbuka mulut untuk menceritakan hal terbabit walaupun ada rakan bertanya kenapa lampu semua terbuka waktu mereka pulang dan radio berbunyi.......

Read More...

HISTERIA

Bagi yang pernah mengalami kisah atau kejadian yang berkaitan dengan hantu,jembalang,makhluk halus ini pasti mengakui bahawa amat sukar nak menjelaskan dan memberikan "perasaan" seram yang dirasai apabila berhadapan dengan benda-benda sebegini....

Saya pernah berjumpa dengan kawan-kawan yang mengalami atau pernah di dalam seumur hidup dia...mengalami histeria..dia berkata dengan aku bahawa jika seseorang penah 'dirasuk'...selepas pulih daripadanya..didalam kehidupan biasa mereka terasa semacam ada satu perasaan yang lain yang tak pernah dialami sebelum histeria.Mereka mengatakan apabila mereka sedang atau didalam keadaan itu,mereka tidak sedar apa yang berlaku dan bagaikan bermimpi di tempat lain.Ada juga yang sedar tetapi hanya boleh berkata-kata di dalam hati tetapi tidak mampu berbuat apa-apa.Itu sebabnya kita boleh lihat orang yang diserang histeria itu mengalir air matanya tetapi mukanya bengis dan bertindak ganas...
Selepas rawatan,mereka ini akan menunjukkan sedikit perubahan dari sebelumnya.Emosi,perasaan dan juga mungkin dari segi kelakuann antaranya adalah...

1.Mereka dapat merasa atau membaca hati orang lain sama ada kita kutuk dia ke,puji dan sebagainya.

2.pancaindera menjadi sensitif dimana dapat merasai kehadiran atau ada ke...takder 'problem' mengenai makhluk halus ini di kawasan tempat kerja mereka.Mereka juga boleh bagitau penunggu aper yang ada disitu tapi tidak secara details kerana mereka takut diganggu oleh makhluk itu.

3.Selalunya mereka ini kadang-kadang suka termenung atau merenung sesuatu benda dengan lama ( lebih dari 10 minit dan kadang-kadang setengah jam pun ada gak..) - bukan diorang nih teringat awek ke pakwe ke cuma mereka ini akan senyap sunyi dan diam sahaja..

4.Menjadi sedikit pendiam dan memendam perasaan.Apabila marah..akan merenung kita bagai nak telan kita..

5.Jadi perahsia sedikit dan boleh tahu kalau kita nak kenakan dia atau megumpat dia.Mereka hanya percaya pada teman yang betul rapat sahaja.

6.kadang-kadang mereka ni berani semacam dan boleh jadi terlampau takut juga.Emosi selalunya kurang stabil..dan kadangkala merepek sedikit(tapi mereka pu tak sedar apa yang mereka buat dan katakan...)

Ciri fizikal yang boleh nampak..

1.Pandangan mata mereka sangat tajam,kadang-kadang kita pun boleh kalah bila kita bertentang mata dengan mereka nih.Bukan dari mata turun ke hati...tapi kuasa mata yang bersinar itu membuatkan hati kita sedikit gentar dan seram.

2.Tolong jangan suka mengenakan atau membuli mereka.Selalunya50% daripada orang yang pernah mengalami histeria ini tidak pulih sepenuhnya.Ada sahaja baki dari "makhluk halus " yang mengusai mereka.Kita pernah mendengar bahawa jika mereka dirasuk oleh makhluk halus dari "siam' ..mereka akan bercakap dengan bahasa siam..dan melakukan perbuatan atau cara hidup siam.Bila mereka pergi engubat bagi menyembuhkan sakit mereka itu..selepas itu orang itu boleh mengusai bahasa siam dan bertutur padahal background mereka tiada kena-mengena dengan orang siam pun.

Simpton-simpton diatas hanyalah dari pandangan dan pengalaman aku sepanjang berkawan dengan orang yang pernah kena histeria nih.Aku hanya boleh meneka jika mereka ni ada pekara-perkara yang aku sebutkan diatas..dan sebanyak 90% bersetuju dan mengaku yang mereka pernah mengalami histeria, dan terkejut apabila aku dapat mengorek rahsia mereka....

Lihatlah rakan-rakan anda jika anda ada melihat simpton yang katakan..



BAGAIMANA KITA INGIN BERDEPAN DENGAN ORANG YANG DI SYAKI SEDANG MENGALAMI HISTERIA INI?





Banyak perkara yang boleh terjadi kepada sesiapa diantara kita.Serangan histeria ini boleh dielakkan sebenarnya.Jangan kita cuba-cuba atau cabul apabila berada di tempat-tempat yang asing atau baru pertama kali kita menjejakkan kaki.
Tempat atau disekeliling kita semuanya diduduki oleh makhluk halus.Perkara itu ada tercatat di dalam Al-Quran.Sebab itu kita hendaklah selalu menjaga tingkah laku,perkataan dan perbuatan kita agar tidak menyinggung perasaan orang lain dan juga makhluk halus ini.


Jika kita berdepan dengan oarng begini.Sudah tentunya kita juga jadi panik dan kelam-kabut.Lagi-lagi kalau orang histeria nih dengan tak diduga menjadi kuat dan ganas.Saya pernah lihat seorang wanita yang histeria boleh jatuhkan 5 orang lelaki yang tengah memegang dan cuba menahannya dari lari.Kita boleh menolong memberikan bantuan kecemasan walaupun kita tiada apa-apa ilmu.





Perkara yang perlu untuk menolong mereka yang mengalami histeria..






1.Jangan panik dan takut.Kita hanya bersiap sedia dan meminta bantuan dari kawan-kawan dan cuba mengepung orang histeria itu.




2.Jangan terus memegang bahu atau menyentuh orang yang dirasuki.Perhatikan gerakan dia dan berhati-hati.Mulakan dengan memberi salam atau bertanyakan siapa dirinya.jika dia tidak memberikan respon dan bagai cuba melawan.Cuba anda membaca ayatul kursi.Mengapa saya tengah begitu? Selalunya apabila orang yang tidak kuat semangat memegang orang yang kerasukan,dia pun akan terjangkit dan sebab begini kita melihat sampai berpuluh orang boleh kena histeria ini dalam satu masa...ini kerana makhluk ini memang sengaja ingin menimbulkan kekecohan.......



3.Pandangan matanya.Meliar atau hanya merenung satu tempat dengan ketakutan.Jika tiba-tiba menangis..hendaklah kita cepat-cepat ambilkan air wuduk,tadahkan air dan baca bismillah ke air tadi dan sapu ke mukanya.meminta kawan-kawan membacakan ayat-ayat suci seperti yasin beramai-ramai...

4.seboleh-bolehnya kita cuba berkomunikasi dengan orang histeria ini.Kita harus berani dan meminta dengan baik supaya mereka keluar dengan baik.Tanyakan apakah kesalahan si mangsa dan minta maaf bagi pihak mangsa.Dan cuba secepat mungkin mencari seseorang yang boleh menolong mangsa macam ustaz....



peristiwa HISTERIA yang berlaku di Malaysia semakin menjadi perhatian terutama yang membabitkan pelajar sekolah...




































Petikan akhbar tempatan mengenai kejadian histeria di sekolah...

Bagaimana kita ingin mengungkapkan hal diatas??? bagi orang tak pernah kena atau mengalami..dah berkali saya katakan bahawa mereka tidak akan faham...Kalau begitu..bagaimana caranya kita ingin menyedarkan mereka yang angkuh ini?

Imbas kembali........

Kronologi kes histeria di seluruh negara tahun 2008...

28 Ogos 2008

KUANTAN: Kejadian histeria berulang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur membabitkan lapan pelajar perempuan selepas tiga hari sesi persekolahan bermula.

8 Ogos 2008

KUCHING: Seramai 15 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, termasuk dua lelaki, diserang histeria ketika belajar di dalam kelas bermula jam 8 pagi.

KUANTAN: Kejadian histeria berulang semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, membabitkan 11 pelajar sehingga menyebabkan sesi pembelajaran terganggu.

7 Ogos 2008

SUBANG JAYA: Pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23, diserang histeria selepas dua hari kejadian yang sama berlaku di sekolah itu.

4 Ogos 2008

TELUK INTAN: Seramai 12 pelajar, termasuk empat lelaki, Sekolah Menengah Seri Kandi, histeria ketika mengikuti perkhemahan motivasi dan ceramah.

24 Julai 2008

KUANTAN: Sebilangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, diserang histeria dan sakit sendi hampir setiap hari, terutama menjelang tengah hari.

Setiap hari hampir empat hingga lima pelajar diserang kejadian misteri itu dan mengikut laporan akhbar seramai 35 pelajar terbabit.

17 Julai 2008

NIBONG TEBAL: Seramai 10 pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawan (SMKBK) diserang histeria di dalam kelas apabila mahu memulakan pembelajaran selepas tamat waktu rehat.

19 Jun 2008

CHERAS: Hampir 30 pelajar lelaki dan perempuan tingkatan lima di Sekolah Menengah Sains Selangor diserang histeria apabila tiba-tiba meracau, menjerit serta melukakan diri sendiri, dipercayai dirasuk makhluk halus.

24 April 2008

TAIPING: Pelajar dan guru sebuah sekolah menengah di Bukit Gantang, gempar apabila 13 pelajar diserang histeria sekembali daripada menziarahi jenazah seorang guru wanita.

Pelajar tingkatan tiga dan lima itu menjerit-jerit seperti orang gila ketika mengikuti pembelajaran di kelas pada jam 11.30 pagi.

14 April 2008

SEREMBAN: Kira-kira 15 pelajar dan seorang guru perempuan sebuah sekolah menengah, dekat Sikamat, diserang histeria.

31 Januari 2008

DUNGUN: Hampir 200 pelajar perempuan dan lelaki Sekolah Menengah Sains Dungun, alami histeria menyebabkan sesi persekolahan di sekolah berasrama penuh itu terpaksa ditutup empat hari. Kejadian dipercayai bermula jam 9.30 pagi selepas seorang pelajar tingkatan dua mula menjerit sebaik tamat perhimpunan.

apakah sebenarnya yang menyebabkan faktor histeria diatas terjadi?

Petikan dibawah adalah penjelasan dari professor dan pakar mengenai permasalahan histeria yang berlaku sekarang.


Tidak kurang lima kes histeria membabitkan ratusan pelajar yang dilaporkan berlaku hampir serentak di beberapa sekolah berasrama di Pahang, Selangor, Perak dan Sarawak sepanjang bulan lalu hingga kelmarin mencetuskan persoalan di kalangan masyarakat — apa sebenarnya berlaku?

Sekolah Menengah Sains Selangor adalah salah sebuah sekolah tersebut dan cerita tentangnya boleh dibaca di Pengalaman Semasa SMSS Diganggu.

Dua pakar dalam dua bidang berlainan yang ditemui Metro Ahad memberi jawapan berbeza terhadap persoalan itu berdasarkan kepakaran masing-masing.

“Histeria berlaku kerana makhluk halus atau jin marah atau berdendam terhadap manusia selepas ia diganggu. Jin memang boleh meresapi manusia dan ada hadis menyokong kenyataan ini,” kata bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga pengkaji kebudayaan Islam, Datuk Dr Amran Kasimin.

Ketua Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Pakar Universiti Malaya, Profesor Mohamad Hussain Habil, pula berkata masalah histeria berkait rapat dengan kepercayaan seseorang terhadap perkara mistik dan karut marut, namun ia sebenarnya disebabkan masalah psikologi serta tekanan perasaan.

“Kepercayaan karut mempengaruhi jiwa seseorang sehingga mereka mengalami histeria. Namun apabila diselidik, kebanyakan kes disebabkan tekanan psikologi, sama ada membabitkan masalah kewangan, rumah tangga, sosial atau kerja,” katanya.

Ikuti ulasan lanjut mereka berhubung fenomena ini yang kini mencemaskan masyarakat, terutama ibu bapa pelajar yang menjadi mangsa, kerana proses pembelajaran anak mereka terjejas berikutan sekolah terbabit terpaksa ditutup sementara waktu untuk menenangkan keadaan.


DATUK DR AMRAN KASIMIN

Soalan (S):

Bagaimana histeria berlaku dan mengapa?

Jawapan (J):

Histeria boleh berlaku atas dua faktor iaitu disebabkan tekanan dan gangguan. Apabila tertekan sama ada di sekolah, tempat kerja, cinta atau pergaduhan, diri hilang pertimbangan dan kerana itu makhluk halus atau jin mudah menguasai diri.

Manakala gangguan pula membabitkan kes seperti salah menuntut ilmu persilatan, tarian tradisional, menurun atau orang biasa. Ini gangguan syaitan dan iblis kerana mereka pernah berjanji untuk menyesatkan manusia walau apa cara sekalipun.

S: Kebelakangan ini banyak kes histeria berlaku di sekolah, apa puncanya?

J: Satu sebab jin mengganggu manusia ialah kerana marah atau berdendam selepas ‘kediamannya’ dirampas manusia, contohnya kawasan itu dijadikan sekolah atau bangunan. Sebab itu sekolah baru buka kerap berlaku histeria.

Selain itu, mungkin ada pelajar ‘mengganggu’ tempat jin itu seperti membuang air kecil di tempat tidur atau tempat tinggalnya. Ia mungkin dilakukan di kawasan hutan berhampiran sekolah atau belukar yang menjadi kediaman jin. Itu juga boleh menyebabkan kemarahan jin.

Boleh jadi juga sebab mereka (jin) diganggu bunyi bising disebabkan ‘kenakalan’ pelajar terbabit sehingga menimbulkan kemarahan. Jika lama terpendam, ia bertukar menjadi dendam dan tiba masanya, jin itu ‘menyerang’ (berlakunya histeria).

Namun histeria sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja dan tidak kira di mana. Jika jin diganggu, mereka membalas semula. Kes yang banyak berlaku di sekolah sekarang mungkin hanya kebetulan.

S: Bagaimana jin memasuki tubuh manusia dan ke mana tujunya?

J: Jin boleh masuk ke tubuh melalui pelbagai cara, sama ada hidung, mulut, telinga, ibu jari kaki dan tangan. Ia makhluk halus, tidak berjasad dan mudah berbuat demikian.

Selepas masuk, ia terus menyerang dan mengawal otak manusia, sekali gus menyebabkan perilaku tidak normal, mengubah personaliti seseorang mengikut jenis jin yang memasuki tubuhnya.

Ada yang dirasuk boleh bercakap dalam bahasa Thailand atau Indonesia kerana ia pelbagai jenis dan bangsa, sama seperti manusia.

Misalnya, jika jin tua masuk ke badan, mangsa berkelakuan seperti orang tua, bongkok. Perlu diingat, jin ini tidak mati sehingga hari kiamat.

S: Mengikut fahaman Datuk, bagaimana serangan jin boleh menyebabkan histeria ini?

J: Jin menyerang manusia dalam keadaan tak sedar dan sukar dikawal. Serangan memang dahsyat kerana dia memperalatkan tubuh manusia. Ada berlaku, pelajar menggigit jari sampai berdarah kemudian menghirup darah sendiri. Sebenarnya yang menghirup darah itu jin, bukan pelajar. Jin cuma mempergunakan tubuh pelajar tadi.

Ada juga mangsa yang boleh berkelakuan luar biasa seperti menumbuk dengan kuat, sedangkan yang dirasuk jin itu adalah wanita.

S: Mengapa apabila berlaku serangan histeria, ia mudah berjangkit kepada orang lain?

J: Memang jin boleh berjangkit selepas menyerang manusia. Ia pantas, malah boleh diibaratkan sama seperti cahaya. Dalam sekelip mata, ia boleh menyerang ramai orang.

S: Bolehkah histeria mendatangkan kemudaratan atau bahaya kepada mangsa, terutama pelajar?

J: Ya... kerana histeria ini menyerang otak dan fikiran manusia. Ia sama dengan simptom dialami orang gila iaitu hilang ingatan.

Bezanya, histeria akan pulih jika jin dapat dikeluarkan dari tubuh badan. Tidak seperti penyakit gila yang mungkin berlanjutan jika kerosakan sel otak yang dialami pesakit tidak dapat dirawat.

Namun jika histeria itu kerap menyerang seseorang, ia membahayakan diri mangsa, fikiran mungkin ‘dirosakkan’ makhluk berkenaan sehingga menyebabkan gila.

S: Apakah tanda seseorang itu diserang histeria?

J: Tangan menggeletar dan sejuk. Dia juga seperti dalam fantasi, mungkin terdengar bunyi air, desiran angin atau loceng yang sayup kedengaran.

Ia boleh dirasai. Selepas jin ada pada tubuh, mangsanya melihat dunia ini gelap, kepalanya bergoyang dan tubuh menggeletar.

S: Adakah benar mangsa yang dirasuk boleh melihat makhluk halus?

J: Ya... tetapi ia berlaku sekali imbas saja dan ia tampil dalam pelbagai rupa dan bentuk menakutkan. Ada juga yang menyerupai objek seperti ular. Jika ada pengakuan menyatakan ia melihat makhluk aneh, ia bukan ilusi tapi memang benar kerana Allah SWT membuka sedikit ruang untuk melihatnya.

S: Mengapa wanita sering jadi sasaran atau mangsa histeria?

J: Wanita lebih sensitif dan dianggap lemah berbanding lelaki. Apatah lagi dalam keadaan tertentu, wanita memang lemah seperti ketika haid, mengandung atau berpantang. Begitupun lelaki juga tidak terkecuali, ada yang kena jika tidak kuat semangat.

S: Bagaimana cara atau kaedah untuk mengelak menjadi mangsa?

J: Berpegang teguh dengan ajaran Allah SWT adalah langkah terbaik. Jin sebenarnya boleh mengetahui kekuatan roh seseorang, sama ada memiliki cahaya (iman) atau tidak. Jika kuat dengan amal ibadat, dia tidak suka mendekati.

Namun antara amalan yang boleh dilakukan ialah baca ayat Kursi selain doa. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Barang siapa membaca ayat Kursi ketika di tempat pembaringan (tidur), Allah SWT menghantar dua malaikat untuk menjaganya hingga waktu subuh.”

S: Adakah wajar kita membuat perjanjian dengan jin untuk menghindarkan gangguan histeria ini sehingga perlu mematuhi syarat tertentu?

J: Itu tidak boleh. Jika letak syarat, ia menampakkan kita lemah, malah syirik. Memang ada ‘tawar-menawar’, tetapi jangan letak syarat. Dalam satu kes, jin pernah minta tempoh seminggu untuk berpindah dari situ tempat dan tidak salah membenarkan. Barangkali mungkin jin itu hendak berkemas sebelum beredar tetapi selepas seminggu, pastikan mereka tiada.

Dalam tempoh itu jin tidak mengganggu lagi, jika adapun sekadar gangguan kecil seperti terdengar orang mandi, suara ganjil atau kelibat seseorang.

S: Benarkah makhluk halus ini boleh dipindahkan beramai-ramai menggunakan kenderaan?

J: Jin boleh diibaratkan pergerakannya sama seperti cahaya, pantas dan laju. Jika kita menggunakan kenderaan untuk memindahkan mereka ke tempat lain yang mengambil masa beberapa jam perjalanan, selepas tiba, mereka kembali semula ke tempat asal hanya dalam beberapa minit atau saat saja, jadi bagaimana? Bagi saya, ini tidak logik dan menyukarkan.

S: Ada pihak ‘memagar’ tempat tertentu seperti sekolah atau bangunan untuk menghalau gangguan makhluk halus, apa pandangan Datuk?

J: Pada saya tidak salah, namun wujud kebimbangan. Malah ada yang memagar dengan bantuan jin juga dan ini bahaya, tidak mustahil jin ini boleh mengganggu tempat itu. Sebaik-baiknya kembali kepada ajaran Islam, gunakan ayat al-Quran.

S: Bagaimana pula kes mereka yang diserang histeria dan selepas dirawat, diserang kembali?

J: Apabila seseorang itu diserang histeria, ‘laluannya’ sudah ada. Sebagai contoh, apabila masuk ke hutan, kita membuat lorong dan jika hendak masuk kali kedua, kita guna lorong sama. Begitu juga dengan jin, namun lorong itu perlu ditutup dengan cara memperbanyakkan amalan.

S: Apakah jenis-jenis jin?

J: Seperti manusia, jin ada pelbagai jenis dan taraf. Ada jantan dan betina; Islam atau kafir. Makanannya nasi, darah, malah ada yang tidak makan. Ada juga terbang di udara dan melata di bumi. Tempat kotor seperti kawasan penyembelihan paling disukai. Makhluk ini tidak mati sehingga hari kiamat dan mereka sudah berjanji untuk menyesatkan manusia walau dengan apa cara sekalipun.

PANDANGAN DARI PROFESOR DR MOHAMAD HUSSAIN HABIL

Histeria adalah masalah biasa dalam proses pembangunan sesebuah negara, terutama apabila berlaku perpindahan penduduk dari luar bandar ke bandar besar.

Ketua Jabatan Perubatan Psikologi Pusat Pakar Universiti Malaya, Profesor Dr Mohamad Hussain Habil, berkata perkara ini berlaku di semua negara di seluruh dunia, termasuk di Barat.

Menurutnya, masalah histeria berkait rapat dengan kepercayaan seseorang individu terhadap perkara mistik dan karut marut. Walaupun faktor kejutan budaya turut memainkan peranan, kebanyakan kes histeria disebabkan masalah psikologi dan tekanan perasaan.

“Kepercayaan karut mempengaruhi jiwa seseorang sehingga mereka mengalami histeria. Namun apabila diselidik, kebanyakan kes disebabkan tekanan psikologi sama ada membabitkan masalah kewangan, rumah tangga, sosial atau kerja.

“Dulu saya selalu menerima pesakit histeria dari kalangan pekerja kilang dalam kuantiti ramai, terutama ketika Lembah Klang baru mula membangun. Kini kes histeria boleh dikatakan hilang sama sekali sehinggalah kes yang berlaku baru-baru ini membabitkan pelajar sekolah.

“Masalahnya ialah masih ramai percaya histeria disebabkan gangguan makhluk halus seperti jin atau penunggu sehingga pesakit lambat dibawa mendapatkan rawatan.

“Jika dibiarkan, lebih ramai akan mengalami gangguan ini kerana jeritan atau gejala histeria boleh mempengaruhi orang lain terutama bagi yang lemah semangat,” katanya.

Dr Hussain berkata, gejala histeria di kalangan pelajar sekolah berlaku kerana wujudnya unsur perpindahan dari kampung ke bandar dan setiap orang pasti ada kepercayaan terhadap perkara mistik tersendiri, walaupun punca sebenarnya mungkin disebabkan tekanan perasaan akibat masalah keluarga, teman lelaki atau terlalu bimbang untuk menghadapi peperiksaan.

“Usah bawa pelajar yang terkena histeria berjumpa bomoh kerana ia gangguan psikologi. Lebih cepat pelajar diberi rawatan, lebih mudah masalah histeria dikawal dan ia dapat mengelaknya mempengaruhi pelajar lain,” katanya.

Cara rawatan histeria juga mudah. Langkah pertama ialah mengasingkan individu yang mula-mula mengalami histeria dan pengasingan ini boleh dilakukan dengan memberi cuti atau dibawa segera ke hospital untuk diberi rawatan di klinik psikiatri. Biasanya pelopor kes histeria berkenaan dimasukkan ke wad dan dirawat hingga pulih.

Dr Hussain berkata, cara lain yang boleh dilakukan ialah berpindah sekolah atau menghantar pelajar berkenaan balik ke sekolah di kampungnya di mana dia berasa lebih selesa, tenteram dan selamat.

Jika histeria berlaku di kalangan guru, langkah penting yang perlu diambil selain memberi rawatan ialah memindahkannya ke sekolah lain.

(Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN, FUAD HADINATA YAACOB dan SHAMRAN SARAHAN dari Harian Metro.)

Penjelasan di atas sudah cukup membuktikan bahawa bukan manusia sahaja yang hidup dimuka bumi ini.Pandangan yang diberikan memberikan kita cara untuk mengetahui dan mengenali makhluk halus ini.
Pandangan dari aku pula adalah dari pengalaman dan pemerhatian.jadi ....jika kita terserempak dengan situasi begini,sekurang-kurang kita tidak jahil....dan cuba bertindak mengikut landasan yang betul. Read More...