xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml' SERAM KELIWON: SEBATANG POHON DITEPI JALAN

BUAT DUIT DENGAN MUDAH DIRUMAH

Free Search Engine Submission

LAMAN POPULAR

SEBATANG POHON DITEPI JALAN

Sambil memandu selepas balik dari kerja dari shah alam amatlah terasa jika jalan jem hari-hari.Kali ini aku pulang agak lewat dari kebiasaannya kerana ada kerja yang perlu dihabiskan hari itu jugak.Urgent katanya..

Sepanjang memandu melewati sek 27 ,26,24 meerentas ke sek 15 aku tiba-tiba teringat nak menulis di dalam blog ini mengenai satu kejadian aneh yang pernah berlaku mengenai pokok


Aku sebenarnya melihat sebatang pokok yang besar di tepi jalan kawasan sek 27 tapi aku bukan nak cerita pasal pokok itu tapi ini pasal pokok besar yang berdekatan atau boleh dikatakan dibelakang deretan rumah teres mak tetapi agak jauh dari pandangan kami.....

Pokok nih bukanlah macam pokok dalam cerita penunggu gunung raya ke...apa ke.. bukan..bukan...

pokok nih biase aje..cuma dah tua dan besar macam gambar pokok yang aku paste kat sebelah nih...



CERITA NYE MACAM NIH...

Dah dekat 9 tahun jugak kami tinggal disitu dan aku masa tingkatan 4 dan 5 aku selalu lalu satu lorong kecik berhampiran.Aku gi skolah naik basikal "chopper".Aku akan berjumpa kawan-kawan untuk bersaing ke sekolah selepas lorong denai itu.Aku selalu kayuh basikal laju-laju kalau aku lalu ke situ sebab kat kawasan itu orang kata tempat " keras ".Aku pun tak tahulah kan sekeras mana tapi aku tak pernahlah mengalami kejadian pelik.

Dikawasan itu ada sebuah kolam terbiar kira-kira 200 meter dari denai tadi.Takderlah sebesar mana tapi orang kata dalam jugak jadi dilarang mandi disitu.

Aku hanya mengerling aje kawasan kolam itu memandangkan ianya boleh dilihat dari jauh walaupun samar-samar kerana dibayangi oleh pohon-pohon renek.Aku nih tak hiraukan sangat tentang kolam tuh sampai satu hari aku dengar kawan aku di sekolah bercerita tentang sebuah kolam yang berhantu yang terdapat di jalan denai dekat kawasan rumah aku..berdebar jugak lah aku mendengarnya.....
Dikatakan bahawa terdapat sekeluarga dibunuh dan dipenggal kepalanya lalu dicampakkan ke dalam kolam itu pada tahun 1950an.Masa tuh tentera jepun menyerangmalaya dan ramai yang terkorban.Selepas itu apabila jepun meninggalkan tanah air...tempat itu menjadi terbiar dan menyeramkan.Keluarga yang terbunuh tadi menuntut kembali kepalanya yang dicampak kedalam kolam itu....Bila aku dengar aje cerita itu terus bulu romaku meremang.Betul ke cerita itu???
Tapi aku perasan gak budak-budak semua tak berani menghampiri kolam itu walaupun untuk memancing.Ada sekali budak tergelincir ke dalam kolam itu dan hampir lemas.Katanya ada orang menolak dia hingga terjatuh.Mungkin juga kawasan tebingnya yang licin menjadikan budak tadi tergelincir kerana kurang berhati-hati.Tapi memang menyeramkan jika lalu disitu.Jadi demi kebaikan aku...aku hanya berkayuh lurus dan cepat apabila melaluinya dan tidak akan berkata-kata walaupun sepatah..

Pada suatu hari aku sedang menunggang balik ke rumah apabila aku terlihat kawasan hutan berhampiran denai tiba-tiba macam 'clear' aje.Aku tengok ada jentolak dan rupanya mereka sedang meratakan tanah untuk dibuat rumah.Aku hanya memandang sahaja dan tiba-tiba mataku tertumpu pada sebuah pokok besar yang terdapat dikawasan yang diratakan.Aku hanya berkata di dalam hati " besarnya pokok tu...".Memang sebelum ini aku tak nampak pun pokok sebesar itu dikawasan situ dan hatiku hanya berkata itu sahaja.Dalam masa yang sama aku terlihat 2 orang budak lelaki sebaya aku sedang melompat-lompat untuk menarik daun-daun pokok besar itu...
Aku tetiba merungut tetapi hanya berkata didalam hati bahawa sungguh berani budak-budak lelaki itu bermain di pokok besar.Kalau terjadi apa-apa nanti siapa yang susah.....Dan apabila aku sampai ke rumah aku terus terlupakan tentang kejadian yang kulihat tadi....
Pada malamnya aku bermimpi aku sedang melalui jalan yang sama pada siang harinya dan apabila aku sampai di selekoh dimana aku terlihat pokok besar itu,aku telah dihalang oleh seseorang.Beriya-iya dia menghalang aku dari balik ke rumah.Aku menjadi tersangat hairan dan mencuba sedaya upaya untuk melepasinya.....aku jadi semakin takut.Orang tadi yang mukanya tidak kelihatan kerana waktu malam (padahal aku melalui jalan denai tuh pada waktu tengahari ) cuba juga memaksa aku berundur.Aku juga sempat berkata-kata didalam mimpi

" aku tak ganggu kau dan jangan kau ganggu aku...."

dan lebih kurang dalam setengah jam..barulah orang itu melepaskan aku dan aku mengayuh basikal sekuat-kuat hati....Aku terus terjaga dari tidur.Habis baju aku basah sebab berpeluh.Aku rasa agak jelas lorong yang kulihat pokok besar itulah orang tu menahan aku.Lagak seperti orang tua yang mendepangkan tangannya seperti dlam masa yang sama mempermainkan aku....
Aku tidak dapat tidur kembali sehingga subuh menjelang....

Pada esoknya dengan lesu aku pergi dan balik ke sekolah macam biase dan aku sedikit gentar dan ingin cepat berlalu dari situ.Aku tidak memandang ke kolam,pokok atau memana pun dan hanya berkayuh deras.Apabila petangnya..adik aku telah bercakap dengan mak tentang kawan dia yang demam,meracau dan seorang lain badannya gatal dan berbintik merah seluruh badan apabila melalui disebelah pokok besar...Aku memasang telinga dan segera bertanya kapada adikku kawannya yang melalui pokok besar yang ku lihat tetapi adik aku tidak dapat memastikan pokok yang mana..
Tapi aku tersangat pasti itulah dua orang budak yang bermain di pokok besar semalam...dan petanda bahawa aku dihalang oleh seseorang disitu adalah kerana aku telah berkata-kata atau menegur pokok besar itu.................